Memang tidak diragui bahawa dadah methamphetamine atau lebih dikenali sebagai syabu dan ais, boleh menyebabkan kerosakan yang progresif dan mendalam kepada otak pengguna.

Namun, apa yang menjadi persoalan utama dalam hal ini adalah sama ada kerosakan itu boleh dipulihkan semula selepas seseorang itu berhenti menggunakannya. 

Malangnya, jawapannya yang kita cari ini bukanlah sesuatu yang ringkas.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun ada kemungkinan bahawa beberapa kerosakan akan mula pulih apabila pengguna berhenti, ada jenis kerosakan lain yang mungkin lebih sukar untuk dirawat.

Walau bagaimanapun, apa yang kita tahu ialah pemulihan fungsi otak hanya boleh dilakukan selepas tempoh pantang yang lengkap.

Jenis-jenis kerosakan otak

pemulihan otak pengguna syabu 136

Penggunaan syabu yang kuat atau dalam jangka masa yang panjang merosakkan otak secara biokimia dan fisiologi.

Kerana otak sudah menjadi terbiasa dengan dadah ini semasa ketagihan, aktiviti biokimia yang telah diubah mungkin mengambil masa untuk menjadi normal semula apabila dadah tidak lagi diambil.

Tetapi dalam kebanyakan kes, apa-apa ketidaknormalam dalam biokimia akhirnya akan kembali semula kepada asal.

Dari segi fisiologi, pemulihan mungkin tidak begitu mudah.

Di pehghujungnya, syabu menyebabkan kerosakan kepada sel-sel otak dan keupayaan untuk memulihkan kerosakan ini sebahagian besarnya bergantung kepada di mana kecederaan itu berlaku.

Jika ia berada di kawasan di mana sel-sel otak yang lain boleh mengimbangi, maka pemulihan berkemungkinan akan berlaku.

Namun, jika ia berlaku di mana sel-sel lebih khusus dan memiliki sel-sel lain yang tidak dapat membantu, maka pemulihan sangat sukar untuk berlaku malah mungkin mustahil. 

Terdapat 3 cara di mana penggunaan jangka panjang syabu boleh merosakkan otak:

1. Menyebabkan perubahan neurotransmiter akut

2. Mengubah sistem ganjaran otak

3. Menyebabkan kematian sel otak

Perubahan Neurotransmiter Akut

perbezaan otak bagi pengguna yang berhenti dan bukan pengguna syabu

Pendedahan terhadap syabu untuk jangka panjang mengubah pengangkut dan penerima selular otak (sistem yang bertanggungjawab untuk menyampaikan mesej di seluruh otak) secara langsung.

Oleh kerana pengangkut dan penerima ini bertanggungjawab untuk mood seseorang, gangguan kronik boleh membawa kepada gejala kegelisahan, kerengsaan, sikap tidak peduli, kemarahan, kemurungan dan insomnia.

Jadi, syabu itu sendiri tidak menyakitkan sel saraf (neuron) yang menerima mesej kimia. Ianya tetap utuh.

Oleh itu, berhenti mengambil syabu boleh menormalkan aktiviti pengangkut dan penerima.

Bagi sesetengah orang, hal ini boleh mengambil masa beberapa minggu dan bagi yang lain ia mungkin memerlukan sehingga 18 bulan untuk memulihkan disfungsi otak sepenuhnya.

Mengubah sistem ganjaran otak

bahaya hisap syabu

Ketagihan syabu juga merosakkan bahagian otak yang dikenali sebagai pusat ganjaran. Ini adalah kawasan otak yang merangkumi kawasan ventral tegmental, nukleus accumbens dan lobus frontal.

Penggunaan syabu yang kronik menyebabkan peningkatan tahap sitokin di otak. Ini adalah bahan kimia yang mana mencetuskan perkembangan sinaps baru (sambungan) di antara sel-sel otak.

Semakin kerap syabu diambil, semakin banyak yang sitokin akan menghasilkan laluan tambahan antara neuron untuk menampung aktiviti otak meningkat. Sebaik sahaja perubahan ini berlaku, ia biasanya akan kekal.

Perubahan kepada pusat ganjaran otak sebahagian besarnya bertanggungjawab terhadap keinginan terhadap syabu yang boleh dialami seseorang setelah berhenti.

Kematian sel otak

syabu sebabkan kematian sel otak

Penggunaan syabu yang tegar diketahui dapat menyebabkan kematian sel di bahagian otak yang berkaitan dengan kawalan diri, termasuk lobus frontal, nukleus caudate dan hippocampus.

Kerosakan di kawasan ini boleh dilihat dengan gejala psikiatri yang dikesan dalam ketagihan peringkat seterusnya, termasuk demensia, psikosis dan skizofrenia.

Malangnya, ini adalah jenis sel yang tidak dianggap sebagai sel berlebihan.

Fungsinya tidak boleh dibantu oleh sel-sel otak lain dan apa-apa kerosakan yang berlaku kepasa sel ini boleh dianggap kekal.

Kemungkinan untuk pulih

kesan penggunaan syabu

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kajian saintifik telah bertujuan untuk menilai kesan berhenti jangka panjang terhadap aktiviti otak dalam bekas pengguna syabu.

Sebuah kajian tahun 2010 yang dijalankan oleh Jabatan Psikologi dan Penyelidikan Pusat Penyakit Substansi di Temple University melihat pemulihan fungsi otak selepas pemberhentian dadah rekreasi yang berbeza, termasuk ganja, MDMA (ecstasy) dan syabu .

Dengan syabu, bekas pengguna yang telah berhenti selama 6 bulan mendapat skor lebih rendah dalam kemahiran motor, kemahiran lisan, dan tugas psikologi berbanding orang yang tidak pernah mengambil syabu.

Walau bagaimanapun, selepas 12 dan 17 bulan, keupayaan mereka untuk melakukan banyak tugas dengan kemahiran motor dan lisan kembali sama dengan orang biasa. 

Satu kawasan di mana bekas pengguna ketinggalan adalah dalam tugas-tugas psikologi, di mana mereka lebih cenderung untuk menunjukkan kemurungan, sikap tidak berminat atau agresif.

Apa yang patut dijangka selepas berhenti

pemulihan diri pengguna syabu

Keupayaan untuk memulihkan fungsi otak yang normal selepas berhenti menggunakan syabu adalah berbeza bagi setiap orang.

Ia sebahagian besarnya berkaitan dengan berapa lama, berapa kerap dan berapa banyak syabu yang diambil.

Dengan itu, bekas pengguna boleh menjangkakan peningkatan dalam fungsi dan / atau gejala berikut dalam tempoh enam hingga 12 bulan selepas berhenti:

  1. Pemulihan aktiviti neurotransmitter di bahagian-bahagian otak yang mengawal keperibadian
  2. Penormalan pengangkut dan reseptor otak
  3. Pengurangan kemurungan dan kebimbangan
  4. Penstabilan perubaah mood
  5. Peningkatan tumpuan dan perhatian
  6. Pengurangan mimpi buruk
  7. Pengurangan rasa cemas dan kemarahan emosi

Satu perkara yang tidak mudah untuk dipulihkan adalah keinginan terhadap dadah yang dialami oleh bekas pengguna selepas beberapa tahun berhenti.

Ia adalah masalah yang biasanya disebabkan oleh kerosakan pada saluran kawalan otak iaitu kawasan fasciculus retroflexus dan ventral tegmental.

Untuk menangani keinginan ini, bekas pengguna harus menjalani program rehabilitasi yang menyeluruh dan proses neurogenesis di mana seseorang belajar untuk melakukan kawalan diri bagi merangsang aktiviti pada kawasan kawasan fasciculus retroflexus dan ventral tegmental.

Rujukan:

1. Very Well Mind

2. Drug Abuse

3. Daily Mail




Hakcipta iluminasi.com (2017)