kanak kanak petik daun koka kokain di peru

Kokain adalah merupakan antara dadah yang paling berbahaya yang pernah wujud. Sebaik sahaja seseorang itu mula mengambil dadah ini, telah terbukti bahawa hampir mustahil untuk melepaskan diri daripada dadah ini secara fizikal atau mental.

Dadah ini merangsang reseptor utama (saraf yang mengesan perubahan dalam badan) dalam otak, lalu menghasilkan rasa seronok yang mana pengguna akan menjadi toleransi terhadap rasa ini.

cara snort kokain melalui hidung

Apabila ini berlaku, hanya dos yang meningkat sahaja dapat membuatkan pengguna merasakan perasaan seronok yang serupa, membuatkan pengambilan dos yang meningkat berlaku.

Mungkin tak banyak maklumat yang masyarakat tahu mengenai kokain kerana kokain tidak begitu popular di Malaysia. Jadi, iluminasi.com ingin kongsikan kepada anda 15 fakta menarik mengenai kokain yang mungkin anda tak tahu.

daun koka kokain

1. Kokain mula-mula diekstrak daripada daun pokok koka pada tahun 1859. Kokain tulen yang pertama dipasarkan adalah di Perancis seawal tahun 1963, dan Amerika Syarikat pertama kali menggunakan dadah ini pada tahun 1880.

2. Setiap tahun, sebanyak 400,000 bayi dilahirkan dengan masalah ketagihan kokain di Amerika Syarikat, dan merupakan dadah penyebab kematian 3 kali ganda berbanding dadah-dadah terlarang lain.

proses kokain

3. Penghasilan kokain tidaklah mudah. Serbuk kokain biasanya dicampur dengan bahan seperti tepung jagung, bedak, gula atau dadah lain seperti procaine (ubat bius) atau amphetamine. Bagi menghasilkan 1 kilogram kokain, sebanyak 500 kilogram daun koka diperlukan.

4. Pada awal tahun 1990an, kokain digunakan sebagai ubat tahan sakit kerana mempunyai ciri-ciri penyembuhan, seperti mengurangkan bengkak, menguatkan tulang yang patah dan lain-lain.

coca cola berasal dari air kokain

5. Pada asalnya, minuman paling popular di dunia, Coca-Cola mengandungi kokain yang dianggarkan sebanyak 9 miligram bagi setiap hidangan. Namun, penggunaan kokain dalam menghasilkan minuman ini telah diharamkan sejak tahun 1903.

6. Kokain adalah dadah terlarang kedua paling banyak diseludup dan dijual di dunia iaitu sebanyak 24.1%, berada di belakang syabu sebanyak 24%.

7. Berkongsi straw minuman yang digunakan untuk menyedut kokain boleh menyebarkan penyakit darah seperti Hepatitis C.

kokain serbuk putih coklat

8. Campuran heroin dan kokain yang menghasilkan apa yang dikenali sebagai "speedball" adalah antara bentuk kokain yang paling berbahaya.

9. Selepas heroin, kokain adalah dadah kedua paling dahsyat dari segi ketagihan dan kerosakan fizikal.

10. Cara yang paling kerap digunakan untuk mengambil kokain adalah dengan menyedut melalui hidung. Pengambilan kokain yang kerap boleh menyebabkan anosmia, iaitu kemerosotan deria bau.

lelaki dan serbuk kokain

11. Percaya atau tidak, Scotland adalah negara yang memiliki kokain paling tinggi di dunia berbanding negara-negara lain.

12. Pengambilan kokain tak kira dengan apa cara sekalipun akan menghasilkan perasaan yakin pada diri, kepekaan yang tinggi dan juga menjadi bertenaga.

13. Antara nama popular bagi kokain adalah coke, snow, lady, flake, gold dust, freebase dan crack. Bentuk kokain yang menyebabkan ketagihan paling teruk adalah crack.

kokain ketul

14. Istilah "crack" iaitu nama lain bagi kokain diperoleh daripada perkataan "crackling", iaitu bunyi yang terhasil apabila kokain tak tulen dipanaskan. 

15. Penggunaan kokain yang kronik boleh menyebabkan berlakunya masalah yang dikenali sebagai bruxism, di mana pengguna secara tidak sengaja menggiling gigi antara satu sama lain, terutama ketika tidur.

Rujukan:

1. Drug Free World

2. Serious Cocaine

3. Drug Abuse


tags : , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)