Oleh pada 19 Jun 2019 kategori

Pernah tak anda terfikir bagaimana negara kita Malaysia mendapat namanya?  Jika dibandingkan dengan negara-negara jiran, sejarah dan asal-usul nama negara kita tidak begitu jelas. Singapura mendapat namanya daripada Sang Nila Utama yang membawa erti Pulau Singa, di mana "pura" bermaksud pulau.

Nama Indonesia yang dipopularkan oleh seorang peguam bernama James Richardson Logan selepas ia dinamakan oleh ahli etnologi George Windsor Earl, membawa maksud Kepulauan India di mana "Indo" bermaksud India dan "nesos" bermaksud pulau.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Brunei pula mendapat namanya daripada Raja Brunei pertama, Sang Aji Berunei.

Walaupun asal-usul nama Malaysia tidak jelas, tetapi terdapat beberapa teori dan fakta mengenainya.

Menurut sejarah, gabungan 2 perkataan Inggeris iaitu "Malay" yang membawa maksud bangsa asal atau bahasa bagi penduduk yang mendiami kawasan tersebut ketika itu, dan "shire" yang bermaksud perkampungan menjadi asas kepada nama Malaysia.

Dengan itu, Malay-Shire atau Malaysia membawa erti perkampungan Melayu.

Manakala menurut buku "The Reluctant Politician" iaitu biro Tun Dr. Ismail pula, Malayshire dikatakan membawa maksud "Kawasan Pentadbiran Melayu".

peta malaysia 41

Namun begitu, Dr. Thriunavukkarasu menyatakan bahawa nama Malaysia berasal dari perkataan Tamil yang membawa erti "Mountains of Asia" (Gunung Asia).

Teori lain berkenaan nama Malaysia berasal dari rujukan pada kawasan bio-geogari dari semenanjung Tanah Melayu sehingga ke Papua New Guinea yang dikenali sebagai "Malesia".

Walaupun kita mengisytiharkan negara ini sebagai Malaysia pada tahun 1963, namun nama ini pernah disebutkan sebelum itu.

Menurut Utusan Malaysia keluaran 29 Julai 2009, nama Malaysia pertama kali dilaporkan disebut adalah dalam akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) pada 1 Januari 1889.

Dalam akhbar tersebut, terdapat laporan yang ditulis oleh J.E. Tenison-Woods bertajuk “Geographical Notes in Malaysia and Asia”.

the british north borneo herald 771

Ia berkenaan dengan catatan perjalanannya ke semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu.

Peta yang dikeluarkan pada tahun 1914 di Chicago, Amerika Syarikat, nama "Malaysia" digunakan untuk merujuk kepulauan nusantara ini.

Nama "Malaysia" juga pernah disebutkan pada tahun 1896 melalui sebuah buku yang ditulis oleh penulis Itali, Emilio Salgari.

Buku yang berjudul "Piratti Della Malesia" atau "Lanun Malaysia" itu mengisahkan tentang satu pengembaraan eksotik yang menampilkan watak terkenal, Sandokan dan merupakan sambungan kepada "The Tigers of Mompracem."

buku piratti della malaysia atau lanun malaysia oleh penulis itali 324

Akhbar The British North Borneo Herald juga pernah dirujuk sekali lagi namun kali ini bertarikh 1 Julai 1929.

Ia disiarkan oleh TV3, berkenaan dengan bunga-bungaan di negeri Sabah mana kawasan itu dirujuk sebagai "Malaysia". 

Selain itu, sebuah buku ditulis oleh Rupert Emerson terbitan tahun 1937 yang berjudul "Malaysia: Direct and Indirect Rule" berkenaan dengan semenanjung Tanah Melayu.

Sebelum nama Malaysia digunapakai, terdapat beberapa nama yang dicadangkan untuk negara kita.

malayunesia

Seperti nama "Malayunesia" yang dicadangkan untuk Indonesia, Malaysia pernah dicadangkan untuk menggunakan nama Langkasuka yang merujuk kepada sebuah kerjajaan purba di kawasan utara tanah air.

Lebih menarik, nama Malaysia juga pernah dicadangkan oleh Filipina untuk ditukarkan dengan mereka.

Namun, cadangan ini terbatal selepas Malaysia ditubuhkan yang terdiri daripada Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1963.

Fakta menarik berkenaan nama Malaysia

1. Pengisytiharaan nama Malaysia

tunku abdul rahman melaungkan kalimat merdeka 834

Seperti yang kita semua tahu, nama Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963.

Tarikh ini adalah tarikh yang ditunda daripada sebelumnya yang mana nama Malaysia sepatutnya diisytiharkan pada 31 Ogos 1963 bersempena ulangtahun kemerdekaan negara kita.

Tarikh itu ditunda selepas negara jiran iaitu Indonesia dan Filipina melakukan bantahan.

Namun, Hari Kebangsaan masih disambut pada 31 Ogos setiap tahun walaupun nama Malaysia diisytiharkan pada 16 September, sebagaimana yang dilakukan oleh Amerika Syarikat pada 4 Julai setiap wahun walaupun tarikh kemerdekaan berbeza bagi setiap negeri.

2. Gabungan Malaysia

wilayah siam pernah ditawarkan untuk menjadi sebahagian daripada malaysia

Pihak British dikatakan pernah menawarkan kemerdakaan kepada kawasan Patani, Jala (Yala), Menara (Narathiwat), Singgora (Songkhla) dan Setul (Satun) di selatan Siam dan bergabung dalam Malaysia seperti yang diminta oleh pejuang dan pemimpin di kawasan tersebut.

Namun bagi mengelakkan bantahan daripada sebuah lagi negara jiran iaitu Siam terhadap penubuhan Malaysia, tawaran ini ditolak oleh Tunku Abdul Rahman.

3. Cadangan bendera Malaysia

jalur gemilang

Jalur Gemilang adalah nama rasmi bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih serta bintang dan bulan. Namun, ia bukanlah satu-satunya bendera yang menjadi cadangan bagi melambangkan Malaysia di atas kertas.

Berikut adalah antara rekaan bendera yang dicadangkan dan termasuk dalam senarai akhir bagi digunakan sebagai bendera rasmi Malaya pada tahun 1949.

cadangan bendera malaya

Rujukan:

1. The Commonwealth

2. Britannica

3. NST




Hakcipta iluminasi.com (2017)