Oleh pada 12 Apr 2017 kategori

penulisan oleh ahmad affzan abdullah 838

Nak viral di media sosial ini ada pelbagai cara. Apa pun cara yang kau pilih, bersedialah untuk berhadapan dengan apa jua karenah follower yang akan tertarik pada kau. Biasanya kalau apa yang kau buat tu buruk, maka buruklah perangai follower kau. Kalau apa yang kau buat tu baik, maka yang baik jugalah datang kepada kau.

Cara Kontroversi

Kau boleh pilih cara kontroversi. Buat perangai mengarut-ngarut, cakap pelat orang putih, buat lawak tak senonoh dan macam-macam lagi yang pelik-pelik atau yang menjengkelkan hati orang ramai.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Nanti ramai yang akan share video kau sebab mereka rasa apa yang kau buat itu kelakar, atau saja jadi bahan mengumpat. Lama-lama kau pun terkenal. Orang akan datang pada kau untuk maki kau, atau untuk hiburan. Sebab sekali sekala ada badut yang menghiburkan pun seronok juga. Maka kau hadaplah follower begini.

Bila dah terkenal, kau bolehlah buat duit dengan cara pengiklanan, atau paid review. Mungkin ada yang akan tawarkan kau tiket penerbangan, atau kau dapat makan percuma di merata tempat.  Kalau kau muka tebal dan berhati waja, kau bolehlah pilih cara ini. Pada awalnya mungkin kau akan selalu kena kecam. Tapi bila kau dah popular, kau ubahlah perwatakan sikit jadi gila-gila yang terhormat. Barulah follower kau tak lari.

Cara Sopan

Cara yang sopan ialah kau viral melalui penulisan yang ilmiah. Ini lebih aku suka sebab perwatakan aku tak memungkinkan aku buat kerja gila semata-mata untuk terkenal. Banyak jenis penulisan boleh jadikan kau terkenal :

  • Penulisan jenis tazkirah tapi santai. Maksudnya bukan yang berat dengan fakta dan teori tapi kau bawa contoh realiti yang berlaku pada kau atau orang sekeliling kau.
  • Topik yang ramai orang boleh kaitkan dalam hidup mereka contohnya topik sayangi ibu bapa, cara didik anak, hubungan suami isteri dan lain-lain. Ramai orang akan share sebab tulisan kau memang kena tepat ke batang hidung majoriti pembaca. Maka senanglah jadi viral.
  • Tulisan berkaitan kesusahan hidup masyarakat dan golongan marhaen. Ini pun ramai orang share sebab ia menjentik emosi pembaca. Kalau nak tulis cerita ini, kau kena banyak turun padang jumpa masyarakat. Baru kau tahu susah senang hidup orang macam mana.
  • Kalau pekerjaan atau kepakaran kau melibatkan orang ramai seperti guru, doktor dan lain-lain, kau boleh dapat banyak cerita rakyat yang tersorok dari pengetahuan orang ramai. Maka banyak bahan untuk kau tulis setiap hari
  • Tulisan yang memberi ilmu baru pada orang ramai. Kuncinya, ilmu itu mesti yang ramai orang minat dan jarang diketahui. Contohnya ilmu memasak, share resepi, teknik didik anak hafal quran dan lain-lain.
  • Pengalaman hidup yang lain dari kebiasaan orang. Bila lain dari yang lain, ramai teruja nak baca cerita kau sebab tak pernah dengar. Maka ramailah follower kau yang ternanti-nanti apa kisah kau seterusnya.

Begitulah sedikit sebanyak yang aku dapat simpulkan. Apa pun yang kau tulis, semuanya akan dipertanggungjawabkan sama ada di dunia maupun di akhirat. Jadi pilihlah betul-betul jalan apa yang kau nak ikut.

Penulisan asal : 

1. Ahmad Affzan Abdullah

2. Affzan Khat House




Hakcipta iluminasi.com (2017)