Pada musim bunga dan musim panas tahun 1974, polis di Pacific Northwest, Amerika Syarikat berada dalam keadaan panik.

Wanita-wanita di kolej di seluruh Washington dan Oregon telah hilang paling kurang seorang dalam masa sebulan dan polis mempunyai beberapa petunjuk tentang siapa dalang di sebalik semua ini.

Dalam tempoh enam bulan, enam wanita telah diculik dan beberapa wanita lain telah melaporkan bahawa mereka cuba diumpan oleh seorang lelaki.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kebanyakan mangsa menggambarkannya sebagai seorang yang kacak dan berkarisma, ciri-ciri yang digunakannya untuk mendapatkan kepercayaan mereka.

Satu-satunya keterangan yang dimiliki oleh pihak polis adalah bahawa wanita-wanita ini didatangi oleh seorang pemuda yang tampan dan menarik serta memakai anduh pada lengannya, cuba mengumpan mereka ke arah sebuah kereta Volswagen Bettle berwarna coklat.

Lelaki itu mengenalkan dirinya sebagai Ted. Selepas mendedahkan laporan ini kepada orang ramai, pihak polis dihubungi oleh empat orang yang mengenal pasti lelaki tersebut, bernama Ted Bundy.

ted bundy pembunuh kejam amerika syarikat

Empat orang tersebut adalah bekas teman wanitanya, kawan rapatnya, salah seorang rakannya, dan profesor psikologi yang mengajar Ted.

Walaupun ia merupakan satu amaran, namun polis tidak berasakan bahawa Ted adalah suspek dalam kes kehilangan pelajar wanita tersebut kerana memikirkan tak mungkin seorang pelajar jurusan undang-undang tanpa rekod jenayah boleh melakukan perkara sebegitu.

Perkara ini memberikan manfaat kepada Ted Bundy berkali-kali sepanjang kerjayanya sebagai seorang pembunuh yang menyaksikannya membunuh sekurang-kurangnya 30 mangsa di sekurang-kurangnya 7 buah negeri dalam tahun 1970-an.

Ted Bundy telah menipu ramai orang, termasuk polis yang tidak mengesyakinya, pengawal penjara yang dia berjaya melarikan diri, wanita-wanita yang dimanipulasi, isterinya yang dinikahinya selepas ditangkap.

Malah, dia sendiri berkata, "Saya adalah anak har*m yang paling kejam pernah anda semua temui,".

Kehidupan awal Ted Bundy

ted bundy ketika remaja

Ted Bundy dilahirkan di Vermont, 4,485 kilometer dari tempat di mana dia melakukan pembunuhannya yang pertama.

Ibunya bernama Eleanor Louise Cowell dan bapanya tidak diketahui. Untuk mengelakkan sebarang kesulitan, dia dibesarkan oleh nenek dan datuknya yang kejam sebagai anak mereka sendiri.

Lebih buruk, Ted mempercayai bahawa ibunya merupakan kakak kandungnya.

Ted dan ibunya sering dipukul datuknya, menyebabkan mereka melarikan diri ke Washington untuk tinggal bersama sepupunya ketika Ted berusia 5 tahun.

Di sana, Eleanor bertemu dan berkahwin dengan seorang tukang masak hopital, Johnnie Bundy, yang secara rasminya menjadikan Ted sebagai anak angkat. 

ted bundy bersama ibunya

Ted tidak menyukai bapa tirinya itu dengan mengatakan bahawa dia merupakan seorang yang tidak bijak dan bergaji rendah.

Tak banyak yang diketahui mengenai zaman kanak-kanak Ted kerana dia memberikan penerangan yang bercanggah namun gambaran boleh dibuat bahawa dia mempunyai zaman kanak-kanak yang biasa.

Walaupun Ted menyifatkan dirinya sebagai seorang yang menyendiri dan suka mengintip wanita pada waktu malam, namun ramai yang mengenali Ted dari sekolah menengah menggambarkannya sebagai seorang yang terkenal dan sangat disukai.

Kehidupan di kolej dan serangan pertama

ted bundy membunuh 30 orang wanita

Ted Bundy menamatkan sekolah menengah pada tahun 1965 dan selepas mendaftar di Universiti Puget Sound sebelum berpindah ke University Washington untuk mempelajari bahasa Cina.

Dia kemudiannya berhenti seketika daripada belajar pada tahun 1968 namun kembali ke kolej dalam jurusan psikologi.

Ketika Ted berhenti belajar untuk seketika, dia melawati bahagian pantai timur di mana dia mengetahui buat pertama kalinya bahawa wanita yang dia anggap sebagai kakanya, adalah ibu kandungnya. 

Sekembalinya Ted ke Universiti Washington, dia bercinta dengan Elizabeth Kloepfer yang bekerja sebagai setiausaha di kolej perubatan kampus tersebut. Elizabeth adalah antara 4 orang yang melaporkan Ted sebagai suspek dalam pembunuhan di Northwest Pacific.

ted bundy bersama kekasihnya elizabeth kloepfer

Di antara empat orang ialah bekas pegawai polis Seattle, Ann Rule, yang bertemu Ted ketika mereka berdua bekerja di pusat panggilan di mana mereka membantu orang yang ingin membunuh diri.

Pada tahun 1973, Ted diterima masuk ke University Puget Sound dalam jurusan undang-undang, tetapi selepas beberapa bulan, beliau berhenti menghadiri kelas. Ketika inilah kehilangan wanita yang pertama bermula.

Serangan pertama Ted Bundy pada bulan Januari 1974 bukanlah pembunuhan sebenar sebaliknya serangan terhadap Karen Sparks, seorang pelajar dan penari berusia 18 tahun di University of Washington.

Ted memecah masuk ke apartmen Karen dan memukulnya menggunakan rod besi sehinga tidak sedarkan diri sebelum menggunakan objek yang sama secara seksual ke atas mangsanya itu.

Serangan tersebut membuatkan Karen berada dalam keadaan koma selama 10 hari dan mengalami kecacatan kekal. 

Pembunuhan pertama Ted Bundy

ted bundy menggunakan kekacakan wajahnya untuk mengumpan mangsa

Mangsa Ted yang seterusnya yang juga merupakan mangsa pembunuhan pertama adalah Lynda Ann Healy, pelajar Universiti Washington.

Sebulan selepas serangan pertama terhadap Karen Sparks, Ted memecah masuk ke sebuah apartmen pada awal pagi, memukul Lynda sehingga pengsan dan membawanya masuk ke dalam kereta Ted.

Sejak itu, Lynda tidak pernah lagi dijumpai namun beberapa tahun kemudian serpihan tengkoraknya dijumpai di salah satu lokasi di mana Ted membuang mayatnya. 

Selepas itu, Ted terus menjadikan pelajar perempuan di kawasan tersebut sebagai sasaran.

lynda ann healy mangsa pembunuhan pertama ted bundy

(Lynda Ann Healy, mangsa pembunuhan pertama Ted Bundy)

Taktiknya yang biasa adalah menumpangkan pelajar wanita yang muda atau menghampiri wanita dengan memakai anduh lalu meminta tolong mereka memasukkan sesuatu ke dalam keretanya.

Jika terpedaya, Ted kemudiannya akan memukul mangsanya sehingga pengsan sebelum mengikat, merogol dan membunuh mangsanya.

Mayat tersebut kemudiannya akan dibuang di kawasan hutan yang terpencil. Namun, mayat-mayat tersebut tidak ditinggalkan begitu sahaja.

Kadang-kala Ted akan melawati tempat-tempat pembuangan mayat tersebut untuk melakukan hubungan seks bersama mayat yang mereput.

Dalam beberapa situasi, Ted akan memotong kepala mangsanya dan menyimpan tengkorak di dalam apartmentnya. Ted juga tidur bersama-sama tengkorak tersebut.

Ted pernah berkata, "Pemilikan muktamad adalah mengambil nyawa orang, dan kemudiannya, pemilikan fizikal saki baki mayat tersebut,".

"Pembunuhan bukan sahaja jenayah nafsu atau kekejama, ia menjadi sebahagian daripada anda, mangsa menjadi sebahagian daripada anda dan kedua-duanya bersama selamanya. Tanah di mana anda membunuh mangsa atau membuang mayat menjadi suci bagi anda, dan anda pasti akan tertarik kembali ke lokasi tersebut," - Ted Bundy

Dalam tempoh lima bulan berikutnya, Ted telah menculik dan membunuh lima lagi pelajar perempuan di Northwest Pacific.

Mangsa-mangsa tersebut adalah Donna Gail Manson, Susan Elaine Rancourt, Roberta Kathleen Parks, Brenda Carol Ball, dan Georgann Hawkins.

6 daripada mangsa bunuh ted bundy

(Mangsa-mangsa pembunuhan Ted Bundy)

Berikutan kehilangan yang begitu kerap ini, pihak polis meminta siasatan besar-besaran dilakukan dan meminta beberapa agensi kerajaan yang berlainan untuk membantu mencari mangsa-mangsa yang hilang.

Salah satu daripada agensi tesebut adalah Jabatan Perkhidmatan Kecemasan Washington, tempat di mana Ted bekerja ketika melakukan jenayah tersebut.

Di situ, Ted bertemnu dengan Carole Ann Boone, di mana dia menjalinkan hubungan cinta untuk beberapa tahun ketika pembunuhan terus berlangsung.

Perpindahan dan penangkapan Ted Bundy

penangkapan ted bundy

Ketika pencarian terhadap penculik diteruskan, semakin banyak keterangan saksi muncul yang menunjukkan bahawa Ted adalah pelakunya.

Tetapi ketika beberapa mayat ditemui di dalam hutan, Ted diterima masuk ke sekolah undang-undang di Utah dan berpindah ke Salt Lake City.

Di situ, dia meneruskan ketagihannya untuk merogol dan membunuh wanita muda, termasuk seorang wanita yang menumpang keretanya di Idaho dan 4 remaja perempuan di Utah.

Mengetahui tentang pembunuhan yang berlaku serta perpindahan Ted ke lokasi jenayah tersebut berlaku, bekas kekasihnya  Elizabeth Kloepfer menghubungi pihak polis buat kali kedua untuk menegaskan semula syak wasangkanya terhadap Ted Bundy, sebagai pembunuh tersebut.

4 wanita dibunuh ted di utah dan idaho

Amaran kedua ini tidak membawa kepada penahanan Ted, namun ketika para penyiasat mengumpulkan makluamat berkaitan dengan 5 pembunuhan terbaru di Utah dan Idaho itu, nama Ted muncul sebagai salah satu suspek utama.

Tidak menghiraukan apa yang berlaku, Ted meneruskan pembunuhannya. Kali ini menghala ke Colorado dari rumahnya di Utah di mana 3 lagi wanita dibunuh.

Akhirnya, pada Ogos 1975, Ted Bundy dihentikan oleh pegawai polis ketika memandu melalui pinggir bandar Salt Lake City, dan polis menemui topeng, gari, serta objek tumpul di dalam keretanya.

Walaupun barang-barang tersebut tidak mencukupi untuk menahanannya, seorang pegawai polis menyedari bahawa Ted juga merupakan suspek dalam pembunuhan yang terdahulu lalu meletakkannya di bawah pengawasan.

Pegawai-pegawai polis tersebut kemudiannya menemui kereta Volkswagen Beetle yang telah dijual oleh Ted, di mana mereka menemui rambut yang secocok dengan 3 daripada mangsanya.

barang yang ditemui dalam kereta ted bundy ketika ditahan

Dengan bukti ini, mereka memasukkan nama Ted ke dalam senarai suspek yang mana dia kemudiannya dikenalpasti oleh seorang barisan salah seorang wanita yang cuba diculiknya.

Ted Bundy telah disabitkan atas kesalahan menculik dan menyerang lalu dihantar ke penjara sementara polis menguruskan kes pembunuhan yang dilakukannya.

Ted Bundy melarikan diri dan perbicaraannya

ted bundy berjaya melarikan sebanyak dua kali ketika dalam tahanan

Bagaimanapun, ini bukanlah merupakan penamatan terhadap pembunuhan oleh Ted Bundy. Tak lama kemudian, Ted berjaya meloloskan diri daripada jagaan pihak berkuasa. Malah ia berlaku sebanyak dua kali.

Kali pertama pada tahun 1977 di mana dia melarikan diri dari perpustakaan undang-undang di mahkamah di Aspen.

Dia dibenarkan untuk masuk ke dalam perpustakaan tersebut tanpa gari kerana dia bertindak sebagai peguam bagi pihaknya dalam kes tersebut.

6 hari kemudian, Ted ditangkap semula. Kali kedua dia melarikan diri memberikan kesan yang lebih buruk. 6 bulan selepas melarikan diri buat kali pertama, Ted sekali lagi meloloskan diri.

ted bundy ketika dalam perbicaraan

Kali ini dengan melalui ruangan merangkak di bahagian syiling yang dihasilkannya menggunakan gergaji. Dia berjaya melarikan diri ke Florida.

Di situ, pada 15 Januari 1978, selepas 2 minggu daripada pelariannya, Ted memecah masuk ke sebuah rumah dihuni pelajar wanita di Universiti Florida 

Dalam hanya 15 minit, Ted menyerang secara seksual dan membunuh Margaret Bowman dan Lisa Levy, menyerang Kathy Kleiner dan Karen Chandler, yang mana kedua-duanya mengalami kecederaan teruk.

Masih dalam pelarian selepas 3 minggu melakukan pembunuhan di Florida, Ted menculik Kimberly Diane Leach berusia 12 tahun dari sekolahnya, lalu dibunuh.

kimberly diane leach

(Kimberly Diane Leach)

Seminggu kemudian Ted diberkas oleh pihak polis yang menjumpai bukti mengaitkan Ted dengan jenayah di Universiti Florida di dalam sebuah kereta.

Sepanjang perbicaraannya, Ted mesabotaj dirinya sendiri dengan mengabaikan nasihat peguamnya dan mengambil alih dalam mempertahankan diri.

Malah mereka yang terlibat dalam mempertahankan Ted kemudiannya akan mendedahkan pemikiran mereka tentang Bundy.

ted bundy ketika dalam perbicaraan 2

Joseph Aloi, pegawai penyiasat yang berusaha bagi pihak Ted menjelaskan, "Gambaran saya terhadap Ted adalah dia seorang yang hampir sama dengan syaitan, yang saya pernah temui,".

Ted Bundy akhirnya disabitkan atas kesemua tuduhan dan diletakkan dalam senarai hukuman mati di penjara di Florida.

Di situ, dia mengalami penderaan daripada tahanan lain termasuklah dirogol oleh oleh empat banduan. Ketika perbicaraan sedang berlangsung, Ted mengahwini Carole Ann Boone yang mana mereka mendapat seorang anak. 

ted sejurus selepas menerima hukuman kerusi elektrik

Ted Bundy akhirnya menemui ajalnya di atas kerusi elektrik pada 24 Januari 1989. Ratusan orang berkumpul di luar mahkamah untuk meraikan kematiannya.

"Untuk segala yang dilakukannya kepada gadis-gadis - memukul, mencekik, menghina badan mereka, menyeksa mereka, saya rasa kerusi elektrik itu adalah terlalu baik untuknya," kata Eleanor Rose, ibu mangsa Denise Naslund.

Rujukan:

1. Britta

2. Crime Museum

3. Thought




Hakcipta iluminasi.com (2017)