Oleh pada 17 Jul 2017 kategori

"Saya sunyi...Apabila saya melihat kanak-kanak perempuan bermain berseorangan, saya seolah-olah melihat diri saya"

23 Julai 1989, Jepun dikejutkan dengan berita penangkapan Tsutomu Miyazaki, seorang pembunuh bersiri, kanibal dan necrophile (menyukai ditemani atau hidup dengan mayat), kerana menculik dan membunuh 4 orang kanak-kanak perempuan berumur di antara 5 hingga 7 tahun.

Diberi gelaran "The Otaku Murder", Tsutomu juga mencabul mayat yang dibunuhnya dan memotong serta memakan tangan salah seorang daripada mangsanya. Juga digelar sebagai vampire kerana meminum darah mangsanya. Tindakannya ini adalah disebabkan oleh zaman kanak-kanaknya yang buruk.

Zaman kanak-kanak yang murung

tsutomu semasa kecil

Tsutomu Miyazaki, dilahirkan pramatang yang menyebabkan berlakunya sedikit kecacatan pada tangannya yang mana lengannya bersambung dengan pergelangan tangannya. Dia perlu menggerakkan keseluruhan tangannya untuk memutarkan tangannya.

Kecacatan ini telah menyebabkan Tsutomu menjadi pendiam dan pemalu ketika di bangku sekolah rendah. Rakan sebayanya memulaukannya dan menyebabkan dia sering bersendirian. Ketika itulah minatnya terhadap manga (komik jepun) bermula, dan menjadi semakin obses hari demi hari.

tsutomu miyazaki 2

Disebabkan keputusannya yang teruk menyebabkan Tsutomu gagal untuk masuk ke universiti terkemuka di Tokyo iaitu Universiti Meiji. Dia sebaliknya menyambung pelajar di kolej untuk menjadi juruteknik gambar.

Bencikan keluarganya

Bapa merupakan orang yang berpengaruh di bandar Itsukaichi dan mempunyai suratkhabar sendiri. Namun, Tsutomu memberitahu ibu bapanya tidak mempedulikan apa yang dialaminya dan tidak mahu mendengar masalahnya, sebaliknya lebih bersikap material. Ketika ini dia berasa ingin membunuh dirinya.

tsutomu miyazaki 3

Tsutomu langsung tidak menyukai sesiapa di dalam keluarganya, termasuklah adik-adik perempuannya. Terus dirundung kemurungan yang teruk, satu-satunya orang yang dirasakan memberi semangat padanya iaitu datuknya, telah meninggal dunia pada Mei 1988. Ia membuatkan Tsutomu lebih tertekan dan semakin menyendiri. Untuk mendekatkan dirinya dengan datuknya, Tsutomu telah memakan abu datuknya.

Beberapa minggu selepas itu, ketika adik perempuannya sedang mandi, Tsutomu ditangkap kerana mengintai. Adiknya yang memarahinya kemudian diserang olehnya yang menyebabkan ibunya tersedar akan kejadian itu. Ibunya yang memarahi dan menasihatinya turut diserang olehnya.

tsutomu miyazaki 1

Ketika berumur 21 tahun, Tsutomu mula mengumpul pornografi anime, majalan lucah serta video lucah kanak-kanak. Jumlah keseluruhan video yang dikumpulnya adalah 5,763 video.

Selain kecacatan pada tangannya, menurut rakan sekelasnya ketika di sekolah menengah, Tsutomu juga berasa malu dengan saiz zakarnya menyebabkan dia segan untuk bersosial dengan wanita sebayanya. Keadaan itu membuatkan dia mengalami "inferiority complex".

Apa yang dilakukannya adalah menghadiri perlawanan tenis di kolej dan mengambil gambar pemain tenis wanita. Gambar-gambar yang diambil kemudiannya digunakan untuk onani.

Penculikan, pembunuhan dan pencabulan

mari konno

Pada Ogos 1988, mangsa pertama Tsutomu bernama Mari Konno, 4 tahun, telah diculik ketika bermain di rumah rakannya. Kemudian kanak-kanak itu dibawa ke bawah sebuah jambatan dan duduk di dalam kereta untuk beberapa minit.

Tsutomu kemudiannya mencekik Mari Konno sehingga mati dan kemudiannya mencabul mayat kanak-kanak itu. Mayat kanak-kanak itu kemudiannya ditinggalkan, hanya pakaiannya dibawa pulang oleh Tsutomu.

Namun, Tsutomu kembali ke tempat mayat beberapa ketika kemudian, supaya mayat itu terurai dan mudah baginya untuk memisahkan bahagian badan termasuk tangan, kaki dan gigi.

Lebih menyeramkan, tulang Mori telah dibakar menjadi serbuk dan dimasukkan ke dalam kotak bersama-sama giginya, gambar pakaiannya, dan satu poskad yang tertulis, "Mari. Dibakar. Tulang. Menyiasat. Bukti". Kotak tersebut kemudiannya dihantar kepada keluarga mangsa. Kaki dan tangan mangsa disimpan di dalam almarinya.

masami yoshizawa

Dua bulan selepas itu, Oktober 1988, ketika sedang memandu di kawasan pedalaman, Tsutomu terlihat seorang kanak-kanak perempuan, Masami Yoshizawa berusia 7 tahun.

Setelah dipelawa, kanak-kanak itu pun menaiki keretanya dan kemudiannya memandu ke tempat yang sama di mana Mari Konno dibunuh. Menggunakan cara yang sama, Masami dibunuh dan mayatnya dicabul serta membawa pulang baju mangsa.

erika nanba

Pada bulan Disember 1988, seorang kanak-kanak bernama Erika Nanba berusia 4 tahun sedang berjalan pulang ke rumahnya. Kanak-kanak malang ini telah diculik oleh Tsutomu dan dibawa lot parkir di Naguri, Saitama.

Kanak-kanak itu kemudiannya dipaksa untuk membuka bajunya di kerusi belakang dan Tsutomu mula mengambil gambarnya. Selepas mengambil gambar, Erika dibunuh, kaki dan tangannya diikat di bahagian belakangnya dan dimasukkan ke dalam belakang kereta.

Mayat Erika kemudiannya ditinggalkan di tempat letak kereta dan bajunya dibuang di kawasan hutan. Sekeping poskad dihantar kepada keluarga mangsa dan Tsutomu menggunakan keratan majalah untuk mengeja, "Erika. Sejuk. Batuk. Tekak. Rehat. Mati"

ayako nomoto

Mangsa ke-4, Ayako Nomoto berusia 5 tahun, mengalami nasib yang sama pada Jun 1989. Kanak-kanak berusia itu dipujuk oleh Tsutomu untuk mengambil gambarnya.

Dia kemudiannya dibawa ke kereta Tsutomu kemudiannya dibunuh. Mayat Ayako dibawa ke rumahnya dan Tsutomu menghabiskan masa 2 hari kemudian dengan mencabul mayat tersebut. Dia juga mengambil gambar mayat dalam pelbagai posisi dan merakamya.

Tsutomu kemudiannya memotong mayat Ayako setelah ia semakin terurai, dan membuang bahagian atas mayat tersebut di kawasan perkuburan, dan kepala mayat di bukit berdekatan. Namun, Tsutomu menyimpan tangan mayat, dan kemudiaany memakan dan meminum darah daripadanya.

Tsutomu yang takut bahagian mayat Ayako dijumpai oleh pihak polis kemudiannya kembali ke tempat pembuangan mayat dua minggu selepas itu lalu membawa pulang saki baki mayat ke rumahnya. Mayat itu disimpan di dalam almarinya.

Cubaan culik ke-5 dan penangkapan Tsutomu Miyazaki

tsutomu miyazaki 4

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Sebulan selepas pembunuhan mangsa terakhirnya, ketika Tsutomu cuba menculik dua beradik perempuan.

Namun, salah seorang daripadanya terlepas dan berjaya melarikan diri. Ketika dia cuba untuk mengambil gambar kemaluan kanak-kanak yang diculiknya itu, bapa kepada kanak-kanak itu datang ke arah keretanya namun Tsutomu berjaya melarikan dalam keadaan berbogel. Sekembalinya Tsutomu ke keretanya, dia telah diserbu oleh pihak polis dan berjaya diberkas.

Pihak polis kemudian menyelongkar rumahnya menyebabkan penemuan 5,763 rakaman video, termasuk video anime dan filem seram, serta rakaman video dan gambar mangsanya.

Pihak media menggelarkannya sebagai "The Otaku Murderer" atau The Geek Murderer. Otaku bermaksud remaja yang obses terhadap sesuatu, biasanya terhadap anime dan manga.

Kes pembunuhan oleh Tsutomu telah memberikan kesan buruk terhadap otaku dengan tuduhan terhadap anime dan filem seram yang menyebabkan pembunuhannya.

bilik tsutomu

Tsutomu tidak menunjukkan sebarang keinsafan ketika dibicarakan. Dia memberitahu bahawa gabungan manusia dan tikus, "Rat Man" yang menyuruhnya melakukan pembunuhan tersebut. "Rat Man" memberitahunya bahawa dia boleh menghidupkan datuknya kembali jika Tsutomu mengikut arahannya.

Pada tahun 1994, bapa Tsutomu yang tidak mahu membayar yuran guaman kerana baginya ia "tidak adil" bagi mangsa pembunuhan kejam anaknya itu telah membunuh diri.

Akhirnya, pembunuh bersiri, Tsutomu Miyazaki, telah dijatuhkan hukuman bunuh pada 14 April 1997 dan telah digantung sampai mati pada 17 Jun 2008.

Sumber:




Hakcipta iluminasi.com (2017)