Mahkota yang disandang Tatiana terpaksa dilucutkan oleh organisasi Miss World Malaysia menerusi akaun Instagram (@miss_world_malaysia) selepas beliau didapati membuat komen ‘serangan’ dalam talian.

Kenyataan itu yang ditandatangani bekas pengarah kebangsaan Datuk Anna Lin menjelaskan Tatiana (18 tahun) telah melanggar kontrak dan tatacara yang dipersetujui.

Oleh itu, naib juara pertandingan tersebut, Shweta Sekhon (19 tahun) secara automatik dinobatkan sebagai Miss Malaysia World 2016/17 yang baru menggantikan tempat Tatiana.

Menurut Lin, Tatiana dan keluarganya telah membuat beberapa kenyataan jelik terhadap organisasi Miss World Malaysia di media sosial dan juga internet.

Ada formaliti tertentu, dan dia juga telah membuat satu perlanggaran melibatkan penaja penting. Ini telah membawa kepada penamatan kontrak

Tatiana dinobatkan sebagai Miss Malaysia World 2016/17 pada Ogos tahun lepas sebelum mewakili negara di pentas dunia dalam peringkat akhir di Maryland, Amerika Syarikat pada Disember.

Lin merupakan pengarah kebangsaan dan pemegang lesen rasmi untuk Miss Malaysia World 2013 hingga 2016.

Namun, beliau telah melepaskan peranannya pada Januari yang lalu kerana tempoh perkhidmatan beliau telah tamat.

Bapa Tatiana, Kumar Nandha, juga telah mengesahkan bahawa surat rasmi pembatalan gelaran berkenaan telah dihantar kepada anaknya pada 3 Mac.

Dia tidak melakukan sesuatu yang salah

Sumber berita: mStar Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)