Negara Jepun sememangnya terkenal dengan ciptaan yang pelik-pelik. Dalam kalangan orang tempatan, ianya dikenali sebagai Chindogu iaitu budaya orang Jepun mencipta barangan yang kreatif tapi ada kalanya sangat mengarut. 

Terbaru, seorang profesor Jepun telah mencipta prototaip skrin TV boleh dijilat yang dilaporkan boleh meniru rasa pelbagai makanan. Sesetengah pihak menggelarnya Netlicks, gabungan perkataan Netflix (perkhidmatan tayangan filem berbayar) dan "lick" yang bermaksud jilat dalam bahasa Melayu.

Taste the TV (TTTV)

netlicks 849

Digelar Taste the TV (TTTV), prototaip itu dibangunkan oleh Homei Miyashita, seorang profesor di Universiti Meiji yang berprestij di Jepun sebagai satu langkah ke arah pengalaman menonton dengan menggunakan deria rasa sebenar.

Peranti menarik ini dicipta menggunakan 10 kanister perisa yang disembur dalam kombinasi untuk mencipta rasa makanan tertentu. TTTV kemudian akan mengeluarkan filem bersih di atas skrin TV rata dan penonton boleh mencuba menjilatnyaa. 

Homei Miyashita percaya bahawa teknologi ini boleh membantu orang ramai berhubung dan berinteraksi walaupun dalam jarak yang jauh. Dalam era COVID-19, teknologi seperti ini boleh meningkatkan cara orang ramai berhubung dan berinteraksi dengan dunia luar, kata profesor tersebut. 

Dalam satu demonstrasi bagaimana TTT berfungsi, wartawan ditunjukkan demonstrasi peranti oleh seorang pelajar. Dia memberitahu mesin tersebut dia mahukan "coklat manis" dan selepas beberapa percubaan pesanan itu disembur pada filem plastik untuk dia rasa (jilat) dan pelajar tersebut menyatakan filem tersebut berasa seperti coklat susu.

Potensi untuk industri makanan

Homei Miyashita yakin bahawa teknologi yang dibangunkan ini adalah sebahagian daripada masa depan manusia. Satu ketika dahulu konsep skrin televisyen boleh disentuh dianggap satu konsep "hampir mustahil" namun kini ianya boleh dijumpai hampir dimana-mana sahaja. 

Profesor Jepun ini membayangkan dunia di mana orang ramai boleh "memuat turun" perisa yang mereka lihat di TV dan membuatnya dicipta semula oleh kanister perisa mengikut kombinasi ratio tertentu.

Selain itu, beliau juga berharap untuk mewujudkan platform di mana citarasa dari seluruh dunia boleh dimuat turun dan dijadikan sampel oleh penonton.

Walaupun idea seperti ini mungkin sangat terkehadapan, cuba bayangkan satu hari nanti produser rancangan makanan di televisyen boleh membenarkan penonton merasa makanan (secara virtual) yang ditayangkan dalam rancangan mereka? Idea ini mungkin kedengaran gila tapi kemungkinan teknologi sebegitu wujud adalah mustahil. 

Rancangan untuk mengkomersialkan TTTV

deria rasa virtual

Miyashita memberitahu wartawan bahawa sekiranya peranti Taste-the-TV miliknya tersedia secara komersil sekarang, ia mungkin menelan kos sekitar 100,000 yen ($875) untuk dibuat.

Tetapi walaupun ciptaan pelik ini tidak pernah mencapai pasaran, konsep di sebaliknya boleh boleh dimanfaatkan sebaiknya dalam industri perniagaan makanan. Contohnya penjual makanan online boleh membenarkan bakal pembeli merasa makanan mereka secara virual sebelum mengambil keputusan membelinya. 

Pencipta itu mendakwa bahawa beliau telah berbincang dengan beberapa syarikat tentang menggunakan teknologi semburannya untuk pelbagai tujuan, seperti menggunakan perisa pada roti bakar atau piza.

Menariknya, Homei Miyashita ialah individu sebalik satu lagi ciptaan menarik yang kami dipersembahkan satu masa dahulu iaitu arpu pintar yang mampu mengubah rasa makanan. Adakah anda rasa idea ini mempunyai potensi pada masa hadapan atau idea ini hanya sekadar CHindogu yang akan lenyap ditelan zaman?

Kredit:

  1. Reuters
  2. BBC News
  3. Yahoo! Finance



Hakcipta iluminasi.com (2017)