Pernahkah anda mengambil ujian IQ? Jika ya, berapakah skor anda? Untuk bergelar "genius", seseorang itu perlu mempunyai IQ pada tahap 140. 

IQ 143 ke atas adalah biasa bagi mereka yang mempunyai PhD dalam bidang fizik manakala IQ 158 ke atas pula biasa bagi pemenang Hadiah Nobel.

IQ normal pula adalah mereka dengan skor IQ 100 dan ke atas. Bagi rakyat Malaysia, purata IQ adalah 92.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Di antara manusia paling genius di dunia adalah ahli fizik Albert Einstein dan ahli kosmologi Profesor Stephen Hawking.

tahap iq

Kedua-dua mereka ini mempunyai IQ dengan skor 160 yang mana sangat jarang ditemui di dunia.

Namun, rekod ini telah dipecahkan oleh seorang murid sekolah rendah di United Kingdom.

Tara Sharifi yang berusia 11 tahun dari Aylesbury High School berkata bahawa dia terkejut apabila mendapat skor 162 dalam ujian IQ Mensa. 

162 adalah skor yang paling tinggi boleh diperoleh. Ini bermakna Tara jauh melebihi tahap "genius" dan juga mempunyai IQ yang lebih tinggi daripada Albert Einstein dan Stephen Hawking.

Tara mengambil ujian tersebut di Oxford dan harus menjawab soalan dalam tempoh yang diberikan.

tara sharifi lebih genius dari einstein dan hawking

Ia adalah ujian bukan lisan yang memberi tumpuan kepada kemampuan Tara untuk memahami makna kata-kata.

Menurut Tara, dia mengambil ujian tersebut selepas mendapat persetujuan daripada ibu bapanya.

Tara kini memenuhi syarat untuk menjadi anggota Mensa, yang juga dikenali sebagai masyarakat IQ Tinggi dan berkata beliau berharap dapat bertemu dengan anggota Mensa yang lain di beberapa perhimpunan organisasi.

Menurut bapa Tara, dia memang seorang yang sangat berbakat dalam matematik dan mampu menyelesaikan masalah matematik dalam rancangan TV sebelum mana-mana peserta.

Keluarga Tara berasal dari Borazjan di wilayah Bushehr yang terletak di selatan Iran tetapi kini menetap di United Kingdom.

Tara memberitahu bahawa dia ingin menceburkan diri dalam bidang matematik suatu hari nanti.

Rujukan:

1. The Sun

2. IFP News

3. MEHR




Hakcipta iluminasi.com (2017)