Memberi lampu isyarat ketika membelok merupakan satu tindakan yang selama ini disebutkan sebagai etika ketika memandu yang perlu dipatuhi. Bagaimanapun, menurut kajian seorang professor bernama Dr. Uttar Prakasa Nair serta kumpulan penyelidik dari ADR–Centric Juridical University, New Delhi mendapati yang lampu isyarat sebenarnya merupakan penyebab sebenar kepada masalah kemalangan jalan raya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Menurut laporan beliau yang telah diterbitkan dalam jurnal 'Road Safety of Technical Driving Efficiencies in New Delhi Road,' kajian beliau membuktikan yang pemandu kereta yang meminimakan penggunaan lampu isyarat belok bakal mendapat beberapa faedah yang baru saja dibuktikan hasil kajian beliau.

1. Tenaga tidak terbuang

Dengan mengambil sejumlah 380 orang responden, kajian beliau mendapati mereka yang tidak memberikan lampu isyarat mempunyai tenaga yang lebih untuk melakukan kerja lain yang diperlukan. Lebih daripada separuh responden berkata mereka mampu berjaga lebih lama untuk menyiapkan kerja di pejabat sementara bagi yang gemar memberikan isyarat, kebanyakannya tidak mampu melakukan kerja lebih masa.

2. Usia otot lebih panjang

Apabila responden dihantar untuk mengkaji kekenjaran otot tangan mereka, 73% daripada mereka yang tidak gemar memberikan isyarat didapati mempunyai kualiti otot. Kualiti otot mereka diukur dengan menggunakan kajian mengangkat beban berat maksima dan didapati mereka yang tidak memberikan isyarat mampu mengangkat secara purata 15 kilogram lebih beban.

3. Tahap kewangan lebih baik

Bantuan penyelidik dari Electrical and Electric Eel Faculty, ADR–Centric Juridical University pula membantu mengkaji ketahanan usia mentol yang digunakan oleh responden. Kesemua responden dimestikan untuk menggantikan mentol lampu isyarat sedia ada dengan mentol baru pada kereta mereka. Di dapati dengan meminimakan penggunaan lampu isyarat, diramalkan yang tahap ketahanan mentol mereka yang jarang memberi isyarat akan dapat berfungsi 2 tahun lebih lama jika dibandingkan dengan mereka yang gemar memberi isyarat. Dengan penjimatan sebanyak 150 rupee (RM10.15) ini membantu meningkatkan taraf ekonomi masyarakat.

iluminasi signal pemandu driver bagi2

4. Kurang mimpi ngeri

Dalam kajian yang sama, aspek psikologi juga cuba diberikan penekanan. Didapati yang lampu hijau isyarat yang berkelip setiap kali isyarat dibuka sebenarnya mampu menghasilkan tekanan emosi pada pemandu. Dr.Naik menyifatkan perkara itu sebagai "unconcious hallucination" atau halusinasi tanpa sedar. Majoriti pemandu yang terdedah kepada lampu hijau isyarat berkelip tersebut selama lebih lebih 30 saat setiap kali memandu didapati akan mengalami mimpi ngeri dalam kadar yang lebih kerap berbanding mereka yang tidak memberikan isyarat.

5. Kejutan baik untuk jantung

Dalam satu kajian sambungan yang dijalankan, beberapa orang respon diletakkan sebagai pemandu untuk mengekori pemandu di depan untuk jarak 30 kilometer atau 20 minit melalui jalan-jalan di New Delhi, mana satu dicapai dahulu. Kebanyakan pemandu yang mengekori di belakang dilaporkan mempunyai tahap awareness atau kesediaan yang lebih tinggi jika mereka mengekori pemandu yang tidak gemar menggunakan lampu isyarat.

Tahap kesediaan yang tinggi itu membuatkan jantung pemandu yang mengekori bedegup lebih laju serta mereka mempunyai daya intuisi yang lebih cekap. Dilaporkan dalam jurnalnya, Dr.Nair menyifatkan pemandu yang tidak gemar memberi isyarat seolah-olah menjadi jurulatih tidak rasmi pada pemandu yang memandu di belakang mereka. Ini membuatkan pemandu di belakang mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik kerana kadar degupan jantung yang kerap berlaku membuatkan mereka seolah sentiasa bersukan ketika memandu kereta.


Kepada golongan yang tidak gemar memberikan lampu isyarat di atas jalan raya, kami harapkan kajian ini membuktikan yang tindakan anda selama ini, kini sudah ada asas daripada segi saintifik pula tu. Kami di Iluminasi ingin memohon jika kami pernah menyumpah anda selama ini kerana kami tidak berada di tempat anda.Maafkan kami, pemandu yang tak gemar bagi signal. Anda terbukti menyumbang kepada masyarakat.




Hakcipta iluminasi.com (2017)