Oleh pada 27 Aug 2017 kategori

leaonard

Pasti setiap daripada kita mempunyai seorang rakan, yang mana selalu bersikap sarkastik. Sarkastik biasanya digunakan untuk bergurau, atau menyindir. Ia dianggap sebagai sikap buruk dan dimiliki oleh mereka yang ingin tunjuk pandai, biadab atau bergurau kasar. Dengan bersikap sarkastik, ia boleh mengguris hati serta mencetuskan konflik.

Namun, sains ada sesuatu untuk diperkatakan mengenainya, iaitu sikap sarkastik mungkin petanda seseorang itu bijak.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Satu projek telah dijalankan oleh profesor-profesor daripada Harvard Business School, Columbia Business School, dan INSEAD bagi mengkaji hubungan antara kepintaran dan sikap sarkastik.

Sekumpulan peserta telah diberikan label iaitu neutral, ikhlas dan sarkastik, dan diletakkan dalam kumpulan mengikut label. Mereka kemudiannya, mula berborak dan disuruh untuk menunjukkan label setepat yang mungkin. Apabila diteliti, didapati bahawa prestasi mereka yang berada dalam kumpulan berlabel sarkstik melakukan kerja-kerja yang diberikan dengan lebih baik dan konsisten, berbanding kumpulaan lain. 

sheldon 962

Ini menunjukkan peserta sarkastik dikaitkan dengan kepintaran yang lebih daripada yang lain. Menurut kajian itu lagi, sarkastik membuktikan dapat memberikan manfaat yang tak ramai orang sedar.

"Untuk bertindak atau memahami sarkastik, kedua-dua pihak (orang bersikap sarkastik dan yang menerima) perlu membezakan percanggahan di antara apa yang dicakapkan dengan maksud sebenar pernyataan sarkastik tersebut. Proses ini akan mengaktifkan otak dan dibantu oleh abstraksi (kebolehan berurusan dengan idea), yang akan menggalakkan pemikiran kreatif,"

Dalam kajian yang lain, seorang ahli psikologi di Rambam Medical Center di Haifa, iaitu Doktor Shamay-Tsoory yang telah mendalami dan mengkaji mengenai kebolehan seseorang yang bersikap sarkastik, menemukan bahawa bahagian di dalam otak yang mengesan sarkastik juga mengesan emosi, memproses bahasa dan juga membantu memahami isyarat sosial.

Walaupun sarkastik tidak digalakkan dalam masyarakat kita kerana dianggap sebagai kurang sopan dan boleh mengguris hati, pengkaji-pengkaji tersebut mempunyai pandangan yang agak berbeza, dengan berkata :

"Kami harap kajian kami akan memberi inspirasi kepada masyarakat, organisasi dan jurulatih komunikasi untuk melihat sarkastik dari suduh yang berbeza dari apa yang dilihat sebelum ini. Daripada mengharamkan sikap sarkastik secara menyeluruh di tempat kerja, adalah lebih baik untuk mengajar individu tersebut supaya tahu akan kesesuaian untuk menggunakan cara sarkastik. Dengan ini, mereka yang bersikap sarkastik dan organisasi tersebut boleh mendapat faedah, dengan cara kreatif,"

Dengan ini, pakar-pakar memberikan konklusi yang sama, iaitu mereka yang bersikap sarkastik adalah lebih kreatif, dengan kemahiran linguistik yang lebih luas, serta minat bersosial yang lebih berkembang. Jadi, kalau anda ada rakan-rakan yang sarkastik, jangan rimas, kerana mereka akan membawa kebaikan kepada anda.

Rujukan : 

1. Science Direct

2. Ewao




Hakcipta iluminasi.com (2017)