Kredit foto: Instagram Putra Amaris

Jarang bersua muka sebelum mendirikan rumah tangga membuatkan isteri kepada pelakon Putra Amaris, Syazwani Alias berasa segan dengan lelaki itu seawal perkenalan mereka.

Itu pengakuan yang dilakukan Syazwani bersempena dengan ulang tahun hari pertunangan mereka pada Isnin lalu. 

“Masa ni malu sangat dengan tunang atau suami saya sekarang. Maklumlah, kami tak pernah kenal sebelum bertunang.

“Jumpa ada dalam tiga kali sahaja sebelum tunang, itu pun bersama dengan keluarga.

“Tak pernah bergayut (berbual lama) di telefon, tak pernah cakap love bagai,” tulisnya.

Syazwani merekodkan keterangan itu melalui entri IG (Instagram) Story pada Isnin. 

Tambah beliau lagi, Amaris juga sentiasa menjaga batas perhubungan mereka selama bertunang iaitu dalam tempoh setahun empat bulan.

tak pernah bergayut tak pernah cakap love isteri putra amaris 2

Kredit foto: Instagram Putra Amaris

“Suami saya sentiasa menjaga batas selama setahun empat bulan pertunangan kami.

“Indahnya cinta yang menjaga syariat. Allah hadiahkan manis itu setelah bernikah,” katanya.

Mereka berkahwin pada 5 Januari lalu bertempat di kediaman keluarga wanita berkenaan yang terletak di Batu Pahat, Johor.

Awal bulan ini, Syazwani berkongsi berita gembira tentang dirinya yang dimaklumkan hamil anak sulung berusia 18 minggu. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)