Oleh pada 15 Jul 2019 kategori

selepas datuk vida nafi berbaik ini pula kenyataan balas putra amaris 1

Kredit foto: Instagram @amaris.official & Instagram @datoserivida

     

Pelakon Putra Amaris mengakui terkejut dengan kenyataan usahawan kosmetik Datuk Seri Vida yang mendakwa mereka tidak bertegur sapa sewaktu acara jualan raya yang berlangsung baru-baru ini.

Kata Amaris, mereka tidak pernah berbalah, malah dia turut menyapa bekas majikannya itu.

     

selepas datuk vida nafi berbaik ini pula kenyataan balas putra amaris 2

Kredit foto: Instagram @amaris.official

     

"Ya, kami ada terserempak dalam satu program dan bertegur seperti biasa, tak ada bermasam muka pun! cuma saya pelik kenapa dia cakap kami tak bertegur.

"Rasanya tak perlu dia keluar kenyataan begitu kerana ia hanya akan memburukkan nama saya, seolah-olah saya tak kenang jasa dan bersikap kurang ajar.

"Saya sebolehnya tak nak bermusuh dengan sesiapa dan mahu berkawan dengan semua orang tapi kalau dia cakap macam itu, terpulanglah!," katanya memetik laporan Mstar.

Sebelum ini iaitu pada Rabu lalu, Amaris dilaporkan sudah berkawan dan bekerja semula dengan Vida.

Namun pengasas produk kecantikan itu dalam reaksi balasnya menafikan dakwaan terbabit, sebaliknya menegaskan mereka tidak akan berbaik, selain tidak mempunyai sebarang urusan bersama.

Dalam pada itu, Amaris berkata, kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini adalah merujuk kepada situasi lama kerana kini sedang mengusahakan produk keluaran sendiri.

"Bila masa pula saya kerja dengan dia semula, saya dah ada bisnes sendiri buat apa nak kerja dengan dia. Nampak macam saya pula terhegeh-hegeh nak kerja dan berbaik dengan dia lagi.

"Saya cuma tak menolak mungkin satu hari nanti kita akan ada urusan membabitkan bisnes... itu sahaja!," katanya yang muncul dengan produk kuih tat berjenama Amaris My Tart.

    

Sumber berita: Mstar



Hakcipta iluminasi.com (2017)