Oleh pada 08 Jul 2018 kategori

bekas pa dakwa amaris datuk vida bercinta ini jawab amaris 1

Kredit foto: Instagram Putra Amaris & Instagram Ahmad Iqbal Zulkefli

Pelakon Putra Amaris menyatakan kesediaannya untuk bersua muka dengan Ahmad Iqbal Zulkefli, pembantu peribadi Datuk Seri Vida yang dipecat, atas dakwaan kononnya beliau dan Vida mempunyai hubungan istimewa.

Amaris atau Amran Ismail, 32, berkata, dia tidak memahami mengapa Iqbal melontarkan tuduhan tidak berasas memandangkan di antara mereka tidak saling mengenali antara satu sama lain.

Demi mengatasi kemelut yang timbul, Amaris sanggup mengadakan pertemuan dengan lelaki berkenaan dengan hasrat untuk mendasari jika ada kesalahannya yang menimbulkan ketidakpuashatian.

"Ikutkan darah muda saya memang perasaan marah itu ada apabila dituduh dengan pelbagai perkara tidak berasas tetapi lebih baik saya tidak beri sebarang komen dan bersikap positif.

"Saya bukan hendak mencari gaduh dengan sesiapa... Jika dia rasa saya ada buat salah, saya sedia berjumpa dengannya.

"Kita kenal-kenal sambil minum kopi, mana tahu boleh jadi kawan selepas ini daripada mengeluarkan kenyataan sembarangan," katanya kepada Mstar.

Amaris membuat kenyataan sebagai mengulas komen Iqbal menerusi sebuah rakaman televisyen dalam talian yang mendakwa dirinya mempunyai hubungan istimewa dengan Vida serta sering memakai pakaian bersama.

Tuduhan itu sekaligus memperlihatkan seolah-olah Iqbal tidak mengetahui status Amaris yang sudahpun berumah tangga.

Sementara itu, Amaris berkata, sejujurnya dia tidak pernah mengambil tahu isu yang berlaku antara Iqbal dengan pengusaha produk kecantikan itu.

Apatah lagi Vida tidak bercerita perihal perkara berkenaan kerana perbualan antara mereka hanyalah berkisar tentang hal ehwal kerjaya.

bekas pa dakwa amaris datuk vida bercinta ini jawab amaris 2

Kredit foto: Instagram Putra Amaris

"Pada pandangan saya, apa juga masalah dia dengan Datuk Vida seelok-eloknya dia sendiri selesaikan tanpa melibatkan orang lain.

"Saya sendiri tidak tahu menahu apa yang berlaku sebelum ini kerana jarang beri perhatian terhadap perkara yang tiada kena mengena dengan saya.

"Tambahan pula saya sendiri sibuk dengan penggambaran dan tiada masa untuk mengambil tahu hal orang lain," katanya.

Mengenai reaksi isterinya, Nur Syazwani Alias, 28, yang mungkin terkesan dengan gosip tersebar, Amaris bagaimanapun enggan mengulas.

Beliau kini sedang menjayakan program rumah terbuka bersama anak yatim dan tahfiz anjuran Vida, berlangsung di taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh, Perak.


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)