ini hadiah mengejutkan datuk vida untuk anak tahfiz ittifaqiah

Kredit foto: Instagram Datuk Seri Vida & addindeen.com

Demi meredakan trauma yang dihadapi oleh 18 orang anak Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terselamat daripada tragedi kebakaran baru-baru ini, pengasas kosmetik Datuk Seri Vida merancang untuk mengadakan sebuah percutian istimewa bersama mereka.

Selain bakal membawa para pelajar ini melawat ke rumahnya, dia mahu mereka keluar bercuti dan membuat beberapa aktiviti menarik untuk meredakan tekanan atas musibah yang berlaku.

Lebih istimewa, anak-anak tahfiz yang masih hidup ini juga bakal dijadikan anak angkatnya.

"Saya akan jadikan anak-anak tahfiz yang terselamat dalam tragedi ini sebagai anak angkat saya dan bawa mereka pergi bercuti untuk hilangkan tekanan dan trauma yang dialami mereka.

"Saya mahu hilangkan trauma dan tekanan yang dialami semua 18 anak-anak tahfiz ini dengan membawa mereka ke rumah saya dan menjadikan mereka sebagai anak angkat saya.

"Keduanya, saya akan membawa mereka bercuti dan mengadakan beberapa aktiviti yang boleh melupakan tekanan mereka seperti mana saya pernah lalui dahulu," katanya memetik laporan portal Harian Metro.

Terdahulu, negara digemparkan dengan kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 14 September lalu yang mengorbankan 21 pelajar dan dua orang warden.

Sementara itu, Vida bakal bersemuka dengan pihak tahfiz itu untuk merencanakan jadual kunjungan mereka ke rumahnya yang akan disusuli dengan sebuah percutian istimewa.

Begitupun, tiada rancangan spesifik akan percutian yang bakal dibuat meskipun dalam masa yang sama dia menyimpan hasrat untuk membawa para pelajar ini mengerjakan umrah dalam tempoh terdekat.

Mengulas mengenai tindakannya, Vida memberitahu dia hanya ingin membuat saham akhirat bersempena dengan tahun baru Maal Hijrah baru-baru ini.

Sumber berita: Harian Metro

tags : , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)