tak faham kenapa takut nak dekati saya neelofa 1

Kredit foto: cempedakcheese.com

Pelakon dan pengacara, Noor Neelofa Mohd Noor, menyuarakan rasa pelik dengan sikap sesetengah kaum lelaki yang takut untuk mendekatinya.

Kata Neelofa, dia juga hanyalah manusia biasa yang mempunyai perasaan seperti orang lain.

"Saya pun tak faham kenapa nak takut? Kadang-kadang saya rasa, semestinya Lofa pun ada perasaan sama dengan orang-orang tertentu," katanya.

Neelofa membuat kenyataan tersebut menerusi video trivia tentang dirinya yang dimuat naik oleh Berita Harian.

Dalam pada itu, Neelofa menegaskan, selagi seseorang itu mempunyai keyakinan diri, dia mampu mendekati sesiapa sahaja yang diinginkannya.

tak faham kenapa takut nak dekati saya neelofa 2

Kredit foto: Instagram Neelofa

"Tapi selagi anda yakin dengan diri sendiri dan juga tahu menjadi diri sendiri, saya rasa ianya bagus untuk mendekati sesiapa sahaja," katanya lagi.

Neelofa adalah seorang pelakon, pengacara dan usahawan yang disegani. Beliau mula menceburi lapangan seni hiburan tanah air selepas menjuarai pertandingan Dewi Remaja 2009/10.

Terdahulu, pelakon Red Velvet ini dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (Non-Executive Independent Director) syarikat penerbangan AirAsia Bhd.

Sumber berita: Facebook Berita Harian & Beautifulnara

tags : , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)