Oleh pada 05 Jun 2018 kategori

Kredit foto: Mstar

Benarkah penyanyi remaja Tajul sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita bernama Nurul Syamieza Eddie berdasarkan sebuah rakaman video yang menjadi tular baru-baru ini?

Adik kepada Allahyarham Achik Spin ini secara bersahaja menggelarkan wanita di sebelahnya dalam video tersebut dengan panggilan 'wife' sekaligus menimbulkan spekulasi mereka sudah berkahwin.

Dakwaan itu dikuatkan lagi menerusi tinjauan di akaun Instagram wanita berkenaan iaitu @icaaeddie yang secara terbuka memaparkan tanda pagar #T Love #immarried.

“No komen,” demikian kata Tajul atau Tajul Ariff Noor Md Shari, 20, kepada Harian Metro saat diajukan pertanyaan mengenai gosip itu.

Meskipun enggan berbicara lanjut, pelantun Sedalam Dalam Rindu dan Hasrita ini berkata, panggilan dalam video tersebut hanyalah berniat untuk bergurau sahaja.

tajul kahwin senyap senyap 2

Kredit foto: Instagram Tajul

“Saya belum berkahwin lagi. Insya-Allah selepas habis kontrak dengan syarikat rakaman FMC nanti. Sekarang, tinggal tiga tahun lagi.

“Mengenai panggilan ‘wife’ berkenaan, sebenarnya saya saja bergurau. Tidak menjangka pula ia jadi tular,” katanya.

Terdahulu, akaun Instagram sebuah butik pakaian berkongsi video yang memaparkan Tajul membuat ucapan kepada seorang wanita dengan gelaran 'isteri', selepas mereka selesai berbelanja di situ.

Lantas, ruangan komen Instagram butik itu dibanjiri pertanyaan netizen yang seakan tidak percaya dengan pengakuan penyanyi berusia 20 tahun itu.




Hakcipta iluminasi.com (2017)