Oleh pada 06 Oct 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Tajul

    

Penyanyi remaja, Tajul Ariff mengakui sudah mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shamieza Eddie, 23, pada 10 Disember 2017.

Tajul Ariff Noor Md Shari, 21, berkata, alasan dia merahsiakan statusnya kerana bimbang kehilangan peminat, selain enggan mencampur adukkan hal kerjaya dan peribadi.

“Ya, memang betul saya sudah berkahwin dengan Nurul Shamieza Eddie pada 10 Disember 2017. Salah satu sebab saya tidak berkongsi kerana ketika itu saya tengah bina nama, jadi takut hilang peminat.

“Selain itu, saya juga tidak mahu privasi keluarga saya diganggu dan tak nak netizen mula campur adukkan kehidupan peribadi dengan kerjaya seni saya.

“Tapi saya tiada niat untuk sorok atau menipu mana-mana pihak.

"Kalau ikutkan, seluruh keluarga saya, isteri serta pihak pengurusan dan rakan terdekat mengetahui perkara ini,” katanya kepada portal Mstar.

Terdahulu, tersebar dakwaan adik kepada arwah Achik Spin itu sudah berkahwin rentetan sebuah rakaman video dan sekeping foto yang tersebar.

Sementara itu, Tajul berkata, isterinya yang kini hamil lapan bulan, dijadualkan melahirkan zuriat sulung mereka pada hujung November ini.

   

isteri tajul

Kredit foto: Instagram Tajul

    

“Memang betul isteri saya sedang mengandung dan kandungannya kini sudah memasuki lapan bulan. Dia dijangka akan melahirkan bayi sulung kami pada hujung November depan.

“Saya berharap semua peminat dapat mendoakan yang baik-baik untuk saya, isteri dan bayi kami yang bakal lahir. Saya mohon maaf kepada peminat, sejujurnya saya tiada niat untuk menipu anda semua,” katanya.

   

Sumber berita: “Saya Sudah Berkahwin, Isteri Kini Hamil Lapan Bulan” - Dua Tahun Tajul Sorok Perkahwinan, Bimbang Peminat Lari

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)