Kredit foto: Instagram Tajul Ariff Fans Club

Penyanyi baru, Tajul akui kehidupannya mula berubah sejak bergelar penyanyi rakaman.

Menurut penyanyi yang popular menerusi lagu Sedalam-Dalam Rindu itu, populariti yang diterimanya sedikit sebanyak membuatkan kehidupan sosialnya terbatas.

tajul dedah pengalaman diraba peminat 2

Kredit foto: Instagram Tajul Ariff Fans Club

Sebenar saya juga terkejut dengan sambutan peminat terhadap pendatang baru seperti saya. Saya sendiri merasai perubahan yang berlaku sebagai contoh kalau sebelum ini saya bebas keluar berseorangan tetapi selepas bergelar artis, agak terbatas sedikit. Sebab mana-mana saya pergi orang dah mula kenal. Ada yang minta bergambar dan juga tanda tangan.

Sumber: Astro Gempak

Ujar Tajul lagi, dia juga pernah berhadapan dengan detik cemas apabila ada individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan merabanya sewaktu menjayakan persembahan.

tajul dedah pengalaman diraba peminat 3

Kredit foto: Instagram Tajul Ariff Fans Club

Antara kenangan yang tak boleh lupa bila saya pernah kena raba dengan peminat di Sabah. Perkara itu berlaku selepas selesai buat persembahan, saya turun untuk ambil gambar beramai-ramai dengan peminat. Keadaan agak sukar dikawal dan mereka mula berebut untuk ambil gambar, waktu itulah saya rasa ada tangan yang raba. Terus-terang saya katakan memang terkejut dan saya pun tak tahulah siapa yang raba sebab dah kelam-kabut. Kadang-kadang bila difikirkan kembali rasa macam tak percaya pula.

Sumber: Astro Gempak

Tajul kini popular menerusi single terbarunya. Disana Cinta Disini Rindu (duet bersama Wany Hasrita). Video lirik lagu tersebut kini mencecah 5.9 juta tontonan di laman Youtube.

tajul dedah pengalaman diraba peminat 4

Kredit foto: Instagram Tajul Ariff Fans Club




Hakcipta iluminasi.com (2017)