lagu duet tajul dan wany hasrita cecah 2 8 juta tontonan dalam seminggu

Kredit foto: budaklelaki.com

Sebelum ini industri hiburan kita telah digegarkan dengan kehadiran adik Allahyarham Achik Spin iaitu Tajul.

Tajul mengembalikan kerinduan peminat terhadap Achik dengan membawakan semula genre muzik asal abangnya - lagu berkonsepkan balada ala 90-an.

Single pertama Tajul berjudul Sedalam-dalam Rindu hasil ciptaan Alam dan lirik oleh Bazil dan Iwan meraih sambutan luar biasa apabila video liriknya di Youtube mencecah 18.6 juta tontonan. Manakala muzik video rasmi pula ditonton sebanyak 14.3 juta kali.

Tidak ketinggalan seorang lagi penyanyi remaja Wany Hasrita yang bakatnya dicungkil daripada aplikasi Smule turut meraih populariti menerusi single sulung, Menahan Rindu - ciptaan sepenuhnya oleh Ibnu dan Gouffran. Video lirik lagunya sehingga kini meraih 3.1 juta tontonan di Youtube, manakala muzik video rasmi pula sebanyak 10 juta tontonan. 

lagu duet tajul dan wany hasrita cecah 2 8 juta tontonan dalam seminggu 2

Kredit foto: Instagram Wany Hasrita 

Terbaru, dua penyanyi muda ini telah digandingkan dalam sebuah lagu duet - berjudul Disana Cinta Disini Rindu.

Lagu tersebut sekali lagi mendapat perhatian ramai kerana iramanya yang dikatakan iras lagu-lagu kolaborasi Siti Nordiana dan Allahyarham Achik dahulu.

Lebih menarik lagi, lagu tersebut turut mendapat sentuhan komposer yang sama dengan lagu-lagu duet Nana dan Achik iaitu Patrick Kamis.

Video lirik Disana Cinta Disini Rindu yang dilancarkan di laman YouTube pada minggu lalu sehingga kini telahpun meraih sehingga lebih 2.8 juta tontonan. 

lagu duet tajul dan wany hasrita cecah 2 8 juta tontonan dalam seminggu 3

Kredit foto: Instagram Wany Hasrita 

Ternyata gandingan 'Nana dan Achik' versi baru ini membuahkan hasil dan diterima ramai. 

Kepada anda yang masih belum mendengar lagu tersebut, apakata luangkan sedikit masa menonton video liriknya yang kami sertakan di sini. Pasti akan tersentuh hati terutama buat mereka yang dibesarkan dalam era kegemilangan lagu-lagu duet Nana dan Achik. 


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)