Kredit foto: cinema.com.my

Pelakon, Mohd Syafiq Yusof, menerima zuriat kedua berjantina perempuan, semalam.

Menerusi kiriman di akaun Instagramnya, Syafiq, 25, yang mendirikan rumah tangga dengan Aisyeah Zainal, mendedahkan nama dan latar belakang, tarikh kelahiran serta berat bayi berkenaan.

Seberat 3.6 kilogram, bayi comel itu diberi nama Nuur Nusaybah.

"Nusaybah ialah seorang daripada serikandi Islam dan pejuang Muslimah Islam yang pertama. Dia turut serta dalam Perang Uhud, Perang Hudaibiyah, Perang Hunain dan Perang Yamamah serta menyaksikan Bait al-Aqabah.

"Nusaybah binti Kaab dikenal dengan jolokan Ummu Umara," tulis Syafiq.

Menerusi gambar yang dikongsinya, bayi itu dipaparkan dalam keadaan berbalut selimut berwarna hijau.

Sehingga kini, entri berkenaan meraih lebih 4,000 tanda suka.

Syafiq berkahwin dengan Aisyeah pada 5 April 2014 sebelum dikurniakan anak perempuan sulung, Nuur Jannah pada Januari 2016. 

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)