Pemain bola sepak negara, Safee Sali selamat menimang anak kedua berjantina perempuan pada jam 9.18 pagi semalam.
Berita gembira itu dikongsi menerusi laman Instagram, berserta sekeping fotonya berada di wad bersama isteri dan anak.
"Syukur Alhamdulillah, isteri dan anak perempuan saya selamat. Berkah hari Jumaat puteri saya telah dilahirkan tepat jam 9.18 pagi tadi.
"Semoga anak-anak aku ini nanti akan menjadi anak yang solehah dan berjaya demi bangsa, negara dan agama," tulisnya dalam kiriman itu.
Ruangan komen dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada para peminat.
Malah netizen mendoakan agar isterinya serta bayi tersebut berada dalam keadaan sihat.
Untuk info, ini adalah anak kedua Safee bersama isteri yang merupakan seorang wanita warga Indonesia dikenali sebagai Sasha. Mereka mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013.
Terdahulu, Safee pernah berkahwin dengan Sabarina Yusoff pada tahun 2007, namun memutuskan untuk bercerai pada 2012. Hasil perkahwinan pertama dia dikurniakan dua cahaya mata.
Sumber berita: Astro Gempak
Kredit foto: Instagram Safee Sali