Kredit foto: Sinar Harian

Juruhebah radio Sinar FM, Feeya Iskandar atau lebih popular sebagai Cik Piah selamat melahirkan zuriat keduanya.

Difahamkan, bayi berjantina lelaki, seberat 3.24kg itu dilahirkan secara normal pada jam 1.12 pagi tadi.

Berita itu dikongsikan oleh suaminya, Nurashid Abd Wahab, menerusi laman Instagram.

“Alhamdulilah syukur isteri saya selamat melahirkan anak lelaki kedua kami bersama Dr Khamsiah dan tidak lupa kepada jururawat, mak bidan yang banyak membantu di dalam labour room," tulis Nurashid.

Suami Cik Piah ini mengatakan proses kelahiran bayi mereka berjalan dengan baik.

“Segalanya berjalan dengan lancar,” tulisnya diakhiri hashtag #amanahallah #adikmalique #Nuharyyan.

Cik Piah atau nama penuhnya, Nor Shafiza Iskandar Azizan, 28, berkahwin dengan Nurashid, 30, pada Mei tahun lalu.

Mereka memperoleh anak sulung, Adam Malique pada 7 Februari 2016.

Kredit foto: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)