datuk red suami adira timang anak ketujuh 1

Kredit foto: Instagram Datin Red

Suami kepada penyanyi Adira iaitu Datuk Red menyambut cahaya matanya yang ketujuh pada Isnin lalu.

Madu Adira, Syarifah Nor Shafila atau dipanggil netizen dengan nama Datin Red, yang juga merupakan isteri pertama Datuk Red, selamat melahirkan bayi lelaki dengan berat 4 kg pada jam 7.15 malam.

Kata Datuk Red, isterinya bersalin secara normal meskipun bayi dilahirkan pada minggu ke-37 kehamilan.

datuk red suami adira timang anak ketujuh 2

Kredit foto: Instagram Datin Red

"Bayi dilahirkan pada usia 37 minggu. Jadi paru-paru seperti tak matang sikit, sekarang pakai oksigen," katanya menurut portal Sinar Harian.

Dalam pada itu, Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu berkata, mereka masih belum menentukan nama yang sesuai kepada bayi berkenaan.

Untuk rekod, Datuk Red terlebih dahulu mengahwini seorang wanita sewaktu beliau berumur 20-an dalam tempoh lima tahun sebelum mengambil keputusan bercerai.

Setahun kemudian, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Red pula.

Difahamkan perkahwinan sulungnya itu dikurniakan dua orang anak yang mana masing-masing kini berusia 19 dan 14 tahun.

Perkahwinan terbaru Datuk Red bersama Adira pula berlangsung pada 3 Disember 2015.

"Sekarang dah tujuh orang anak, lagi tiga cukup 10," katanya.

Mengenai reaksi Adira, Datuk Red mengatakan isteri keduanya itu merakamkan ucapan tahniah kepadanya. 


tags : , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)