fattah fazura selamat nikah

Kredit foto: Astro Gempak

Aktor Fattah Amin, 27, sah bergelar suami kepada aktres, Nur Fazura Sharifuddin, 34 dengan sekali lafaz, kira-kira pukul 9.50 malam tadi.

Pasangan ini melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di hotel terkemuka, di ibu negara.

Majlis yang hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat kedua-dua belah pihak itu menyaksikan Fazura anggun dalam baju kurung moden hasil rekaan Rizman Ruzaini, serta solekan daripada Sheila Mohamed, di sisi Fattah yang segak berbaju Melayu.

Sebelum ini, dalam sebuah sidang media, pasangan filem televisyen Wanita Terindah ini membuat pengakuan mereka telah bertunang pada 13 November lalu di kediaman keluarga Fazura dan dalam masa sama, menafikan dakwaan pernikahan yang disebarkan pihak tertentu.

Di kesempatan itu, mereka memaklumkan bakal melangsungkan majlis nikah secara tertutup dalam tempoh terdekat, diikuti majlis resepsi pada tahun hadapan.

Pasangan ini mula berkenalan sejak membintangi drama rantaian Hero Seorang Cinderella.

Sumber berita: BH Online 

tags : , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)