sultan brunei temui tun mahathir pandu sendiri kereta 3 756

Kredit foto: Twitter Dr Mahathir Mohamad

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan hormat Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini.

Sultan Brunei tiba sekitar pukul 11.45 pagi tadi dengan memandu sendiri kereta jenis Mercedes Benz hitam bernombor pendaftaran X111 NAM 6 sambil diiringi oleh rombongan yang dianggarkan terdiri daripada 15 buah kereta.

Kehadiran Sultan Brunei juga diikuti bersama putera baginda, Pengiran Abdul Mateen yang berada disampingnya.

sultan brunei temui tun mahathir pandu sendiri kereta 5

Kredit foto: Facebook Perdana Leadership Foundation

Sultan Brunei merupakan ketua negara dan pemimpin pertama dunia yang bertemu dengan Tun Dr Mahathir setelah beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 pada Khamis lepas.

Menurut laporan media, Sultan Brunei meluangkan masa kira-kira sejam bersama Tun Dr Mahathir sebelum berangkat pulang. Namun, tujuan pertemuan tersebut tidak dapat dipastikan.

Untuk pengetahuan, kedua-dua pemimpin itu lahir pada bulan yang sama iaitu Julai. Mereka turut dikatakan mempunyai persamaan dari segi perwatakan iaitu tegas dalam soal kepimpinan serta disayangi oleh rakyat.

sultan brunei temui tun mahathir pandu sendiri kereta 1

sultan brunei temui tun mahathir pandu sendiri kereta 4 87

sultan brunei temui tun mahathir pandu sendiri kereta 2

Kredit foto: Twitter Dr Mahathir Mohamad

Sumber:

1. Facebook Astro Awani

2. Facebook Rizal Hakimm

3. Facebook Sinar Harian

4. Facebook Malaysiakini

5. Facebook Today

6. Facebook NST Online

7. Facebook Berita TV9

8. Facebook Berita Mediacorp

9. Facebook Malaysia Dateline

10. Facebook Muhammad Fahmi

11. Youtube KL Media Channel


tags : , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)