sultan brunei murka dihina di instagram 997

Sumber foto: STR / AFP

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah melaporkan aduan fitnah kepada polis Indonesia tentang akaun Instagram yang mengkritik antara pemimpin terkaya di dunia tersebut.

Menurut jurucakap polis Jakarta, Argo Yuwono, aduan dilakukan oleh Timbalan Pengarah Polis Diraja Brunei selaku pihak yang mewakili baginda.

Yuwono memberitahu, pegawai polis yang turut merupakan kerabat diraja Brunei berkenaan melawat ke Jakarta sewaktu terlihat beberapa foto Sultan Brunei beserta komen menghina menerusi akaun Instagram dipanggil ‘anti_hassanal.’

Pemilik akaun tersebut seterusnya membuang kesemua foto yang dimuat naiknya sehingga semalam.

“Terdapat beberapa gambar dan komen mengenai Sultan Brunei yang dianggap menjejaskan dan menfitnahnya,” kata Yuwono.

Tambahnya, pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes terbabit.

Sumber berita: South China Morning PostHarian Metro


tags : , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)