Oleh pada 15 May 2018 kategori

Kredit foto asal: Facebook Anwar Ibrahim

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memerintahkan stesen televisyen TV3 membayar ganti rugi RM1.1 juta kepada bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Stesen televisyen tersebut didapati bersalah dan bertanggungjawab kerana menfitnah dengan mengaitkan Datuk Seri Anwar menjadi salah seorang daripada dalang dalam insiden pencerobohan atau serangan di Lahad Datu, Sabah, lima tahun lalu.

kes saman fitnah tv3 anwar ibrahim menang rm1 1 juta 1

Kredit foto: Facebook Anwar Ibrahim

  

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan itu setelah membenarkan saman Datuk Seri Anwar ke atas TV3 bagi dakwaan menfitnahnya menerusi laporan berita Buletin Utama berdasarkan artikel yang dikeluarkan oleh Utusan Melayu bertajuk 'Tiga kumpulan menjadi dalang' pada tarikh 2 Mac 2013.

Hakim berkata stesen televisyen itu selaku defendan gagal mengamalkan kewartananan bertanggungjawab dan ada niat jahat dalam laporannya.

Hakim memerintahkan TV3 membayar RM600,000 sebagai ganti rugi am dan masing-masing RM250,000 bagi ganti rugi teruk dan teladan serta kos sebanyak RM40,000 kepada Anwar yang sedang dipenjarakan atas kesalahan meliwat.

Sumber:

1. Bernama Radio [1, 2]

2. Facebook Free Malaysia Today [1, 2]

3. Facebook Malaysiakini

4. Facebook Berita RTM

5. Facebook Berita Mediacorp

6. Facebook Anwar Ibrahim




Hakcipta iluminasi.com (2017)