Oleh pada 06 Feb 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Kaka Azraff

    

Penyanyi Kaka Azraff tampil menjelaskan mengenai isu dirinya yang berhenti daripada mengikuti akaun Instagram suami, Adam Azriff.

Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 31, berkata, tindakannya 'unfollow' laman sosial suaminya itu berlaku tanpa disengajakan.

Penyanyi lagu Sibuk itu menegaskan, rumah tangga mereka tidak mempunyai masalah sebagaimana yang dianggap segelintir pihak.

"Sejujurnya, saya memang tidak sengaja nak unfollow Adam dan saya sendiri tak perasan bila masa pula saya tertekan butang unfollow itu.

"Hubungan saya dan suami baik-baik sahaja dan boleh dikatakan setiap hari kami sentiasa fall in love with each other.

"Adam pun berasa geli hati apabila saya tunjuk artikel mengenai perkara itu," katanya kepada portal Mstar.

   

suami kaka azraff

Kredit foto: Instagram Kaka Azraff

    

Beliau memberi kenyataan sebagai mengulas dakwaan seorang penulis artikel yang mengatakan dia tidak lagi mengikuti akaun Instagram suaminya.

Bagaimanapun artikel gosip itu menyatakan Adam masih lagi mengikuti Instagram Kaka.

Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan sehingga kini mempunyai seorang cahaya mata lelaki bernama Aslan Adam yang dilahirkan pada 11 Oktober 2019.

    

Info Ringkas Kaka Azraff

  • Nama sebenarnya, Nor Atiqa binti Noor Azraff.
  • Anak kelahiran Klang, Selangor.
  • Bergelar penyanyi, pelakon dan pengacara.
  • Anak saudara kepada penyanyi lagenda rock, Ella - sumber Wikipedia.

     

Sumber berita: Rumah tangga diperkatakan gara-gara 'unfollow' suami di IG, ini penjelasan Kaka Azraff

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)