Oleh pada 04 Feb 2017 kategori

Gitlab, sebuah startup berpembiayaan sebanyak USD 25 juta sedang mengalami krisis dan hari yang sangat buruk. Gitlab menyediakan platform tempat kerja maya kepada pengaturcara yang membantu perkembangan sesebuah projek individual melalui bantuan komuniti. Gitlab adalah sebuah syarikat berprofil tinggi di Silicon Valley yang diletakkan nilai syarikat sebanyak USD 2 bilion.

Punca Krisis

Semuanya bermula apabila pengurus tadbir yang ditugaskan, mencuba untuk melajukan lagi laman Gitlab dengan membuang semua data backup dan memulakan semula sistem 'copying process'. Tetapi pekerja ini dengan tidak sengaja terbuang semua data dari simpanan primer (utama).

Namun begitu, beliau tetap berusaha untuk menghentikan proses pembuangan itu namun, dari jumlah keseluruhan data iaitu 300GB, yang tinggal hanya 4.5GB.

gambar pekerja staff gitlab

Semua teknik replikasi database yang telah disediakan sebelum ini tidak dapat berfungsi dengan baik dan akhir sekali mereka terpaksa mengambil keputusan untuk membuat pemulihan database dengan mengabaikan kerugian dan kehilangan database sepanjang tempoh 6 jam.

Presiden pemasaran Gitlab, Tim Anglade berkata "nilai kerosakan yang terkesan kepada pengguna hanya 1% dan kini Gitlab berjalan seperti biasa"

gambar tim anglade pengurus pemasaran gitlab github

Nota editor : Tidak pasti ini adalah salah satu teknik marketing ataupun memang tidak disengajakan. Agak kelakar syarikat besar berprofil tinggi tidak menjalankan proses backup dengan baik.




Hakcipta iluminasi.com (2017)