Sebilangan penjenayah dan pembunuh bersiri mempunyai minda dan strategi yang sangat hebat dalam melakukan jenayah mereka. Ada yang mempunyai rancangan terperinci dan ada juga yang melakukannya dengan selamba.

Namun, sebijak mana pun seseorang itu, pasti akan melakukan kesalahan kecil yang mana menyebabkan jenayah mereka terbongkar. 

iluminasi.com kongsikan 6 pembunuh bersiri yang ditangkap kerana kesilapan kecil dan bodoh.

1. Dennis Nilsen

dennis nilsen pembunuh bersiri

Dennis Nilsen sering dirujuk sebagai "The British Jeffrey Dahmer" selepas dia membunuh dan memotong anggota badan sekurang-kurangnya 12 jejaka antara tahun 1978 dan 1983 di London.

Dennis menemui mangsa-mangsanya di bar tempatan dan kemudian mengundang mereka ke rumahnya untuk minum, di mana mereka dicekik sehingga mati.

Pembunuh gila ini kemudiannya mempunyai upacara yang ketat selepas pembunuhan itu di mana dia akan membogelkan dan membasuh mayat-mayat tersebut, kemudian sama ada membuangnya ke dalam unggun api atau flush mayat tersebut ke dalam mangkuk tandas.

Jenayah Dennis tidak dapat dikesan sehingga dia merungut mengenai longkang rumahnya yang tersumbat dan memanggil seorang tukang paip untuk membaikinya.

Apabila tukang paip membuka penutup longkang, dia terlihat objek seperti daging yang menyebabkan longkang tersebut, termasuk dengan tulang.

Apabila Dennis kembali ke rumahnya pada hari itu, pihak polis sudah menunggu di sana. Pemeriksaan lanjut ke atas rumahnya menemui 3 mayat dan juga tulang sekurang-kurangnya 8 lagi mangsa ditemui di alamatnya yang terdahulu.

2. Ted Bundy

ted bundy pembunuh bersiri 416

Dengan kekacakan dan karismanya, Ted Bundy berjaya mengumpan mangsanya yang terdiri daripada gadis-gadis untuk membunuh mereka.

Pada tahun 1975, Ted yang sedang memandu Volkswagen Beetle nya melalui Salt Lake City pada awal pagi berselisih dengan kereta polis yang kemudiannya mengarahkan Ted untuk berhenti.

Disebabkan panik, Ted memecut keretanya. Walaupun pada ketika itu Ted telah membunuh 25 mangsanya di 4 buah negeri berbeza, namun anggota polis tersebut menyuruhnya memberhentikan kereta bukan disebabkan jenayah tersebut.

Dan jika dia memberhentikan kereta, dia mungkin akan dilepaskan.

Apabila pegawai polis tersebut berjaya menahan keretanya, Ted agak mencurigakan dan mereka mendapati bahawa kerusi penumpang telah dibuang sepenuhnya. (Didedahkan kemudian bahawa ia merupakan lokasi di mana Ted menyembunyikan mangsanya).

Di dalam kereta tersebut turut ditemui sebatang besi crowbar, kotak besar mengandungi beg sampah, lampu suluh, sepasang sarung tangan, gari dan topeng muka serta beberapa objek lain.

Pihak polis itu tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya telah berjaya menangkap antara salah seorang pembunuh bersiri paling berbahaya yang pernah hidup.

3. Israel Keyes

israel keyes pembunuh bersiri

Pembunuh bersiri Israel Keyes telah mengambil nyawa sekurang-kurangnya 3 mangsa yang mana diketahui.

Akan tetapi, jumlah korban yang sebenarnya boleh mencecah 8 lapan orang atau lebih ketika dia berpindah antara Washington, New York, New Jersey dan Alaska.

Samantha Koenig yang berusia 18 tahun telah diculik oleh Israel dari kedai kopi di mana dia bekerja sebagai pelayan dan dibunuh pada hari berikutnya.

Israel mengambil gambar mayat Samantha bersama akhbar empat hari sebelumnya untuk menunjukkan bahawa Samantha masih hidup dan menuntut wang tebusan RM120,00 yang akan dimasukkan ke dalam kad debit mangsanya itu.

Kemudian, Israel melakukan satu kesilapan yang bodoh membuatkan dirinya tertangkap. Ketika dia menuju ke mesin ATM untuk mengeluarkan wang tebusan, dia dikesan melalui kamera CCTV dan kemudiannya ditangkap.

Ketika dalam tahanan, Israel mengaku telah membunuh 3 mangsa dan juga menawarkan untuk mendedahkan di mana 2 mayat lagi ditanam sebagai pertukaran dengan sebatang cerut.

Sebelum dibicarakan, Israel menulis 2 muka surat nota bunuh diri sebelum memotong pergelangan tangannya dan menggantung dirinya sendiri.

4. Jeffrey Dahmer

jeffrey dahmer pembunuh bersiri 839

Jeffrey "The Milwaukee Cannibal" Dahmer mengaku telah membunuh 17 orang lelaki dan kanak-kanak lelaki antara tahun 1978 dan 1991.

Sangat ngeri untuk kita fikirkan berapa lagi orang yang akan menjadi mangsanya, hanya jika dia mempunyai pewangi udara di apartmentnya.

Apabila Jeffrey mengajak Tracy Edwards yang berusia 32 tahun, untuk ke apartmennya bagi mengambil gambar bogel dengan bayaran RM400, jejaka itu berasa takut dengan bau busuk yang datang dari sebuah tong dram di sudut bilik tersebut.

Edward yang baru sahaja digari oleh Jeffrey, telah meminta untuk ke bilik air dan dibenarkan pembunuh bersiri itu. Melihat peluang yang ada, Edward memukul kepala Jeffrey dan berjaya melarikan diri.

Ketika melarikan diri, Edward berjaya meminta bantuan 2 orang polis dan menjelaskan apa yang telah dilakukan oleh Jeffrey. Anggota polis tersebut kemudiannya pergi ke apartment tersebut untuk menyiasat dan mereka ternampak beberapa gambar mayat manusia dipotong.

Mereka juga menjumpai bahagian badan, termasuklah kepala manusia di dalam peti sejuk. Apabila Jeffrey ditangkap, dia berkata, "Untuk segala yang saya lakukan, saya patut mati,".

5. Albert Fish

albert fish pembunuh bersiri

Dilahirkan pada tahun 1870, pembunuh bersiri Albert Fish dikenali dengan banyak nama samaran termasuk "Werewolf of Wysteria", "Brooklyn Vampire" dan "The Boogey Man".

Albert menjalani hukuman kerusi elektrik kerana membunuh Grace Budd yang berusia 10 tahun dan dua orang lagi dengan sangat kejam.

Tidak diketahui berapa ramai lagi yang akan menjadi mangsanya sebelum dia ditangkap melalui sampul surat yang mengandungi surat yang sangat kejam.

Albert menulis kepada ibu Grace Budd dengan terperinci bagaimana dia menyebelih dan memakan mayat anak perempuannya. "Saya mengambil masa 9 hari untuk memakan seluruh tubuhnya," kata pembunuh bersiri itu.

Surat itu dihantar dalam satu sampul surat dengan lambang yang mewakili "Persatuan Kebajikan Pemandu Persendirian New York".

Polis berjaya mengesan sampul surat itu ke rumah perumahan yang mana Albert telah berpindah keluar beberapa hari sebelum itu, tetapi dia dijangka kembali untuk mengambil sekeping cek.

Apabila dia kembali, polis menyerbu dan akhirnya dapat menangkap pembunuh kanak-kanak kejam ini.

6. Joel Rifkin

joel rifkin pembunuh bersiri

Di antara tahun 1989 dan 1993, Joel Rifkin membunuh 17 gadis di New York City dan Long Island, namun jumlah mangsa sebenar masih belum diketahui.

Pembunuh bersiri yang kejam ini terkenal dengan memotong anggota badan mayat mangsanya yang mana kebanyakan mereka adalah pekerja seks, termasuklah memotong hujung jari dan membuang gigi mereka.

Jika dia memeriksa traknya dengan lebih teliti, pembunuhan kejam oleh Joel mungkin akan berterusan.

Ketika musim panas tahun 1993, Joel memandu traknya sepanjang Southern State Parkway di New York tanpa nombor pendaftaran. Dengan ini, dia telah menarik perhatian pihak polis.

Selepas dikejar oleh anggota polis, Joel terbabas dan melanggar tiang di luar sebuah mahkamah. Pihak polis kemudian menghampiri traknya dan mengesan bau busuk datang dari kenderaan tersebut.

Mereka kemudiannya menemui mayat Tiffany Bresciani berusia 22 tahun yang merupakan teman wanita Dave Rubinstein dari kumpulan punk rock 80-an iaitu Reagan Youth.

Dihukum penjara sepanjang hayat, tarikh kemungkinan dia dibenarkan untuk parol adalah pada tahun 2197. 

Rujukan:

1. Crime Museum

2. NY Times

3. Serial Killers



Hakcipta iluminasi.com (2017)