sprm tahan pegawai jpj selangor terima rasuah bulanan

Sumber foto: Arkib Astro Awani

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangkap seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, petang kelmarin, disyaki menerima rasuah daripada syarikat pembinaan.

Sumber memberitahu, suspek berumur 43 tahun itu diyakini menjalankan aktiviti tersebut sejak tahun 2015 semasa berkhidmat di Stesen Timbang JPJ Kuala Selangor.

Menurutnya lagi, suspek memperoleh duit rasuah setiap bulan, berjumlah antara RM100 hingga RM300 daripada dua syarikat untuk ganjaran tidak mengambil tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Suspek ditahan di pejabat SPRM Cawangan Klang, kira-kira jam 2 petang tadi (kelmarin).

Selain pegawai JPJ berkenaan, SPRM juga menangkap 3 orang lagi yang berumur 41, 45 dan 30 tahun, di antara pukul 2.30 hingga 4.45 petang kelmarin yang diyakini turut terlibat dalam kegiatan tidak bermoral itu.

Datuk Alias Salim selaku Pengarah SPRM Selangor, mengakui tangkapan tersebut.

"Semua suspek akan direman esok pagi (semalam) di Mahkamah Majistret Klang," ujarnya.

Sumber berita: BH Online


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)