giliran kediaman tan sri musa aman diserbu sprm ini pendedahannya

Kredit foto: Instagram Musa Aman (Gambar tiada kaitan dengan berita ini)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa sepasukan pegawai penyiasatnya telah menyerbu kediaman peribadi bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman di Luyang, Kota Kinabalu pada petang Rabu lalu bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah.

Menurut peguam Tan Sri Musa, Zahir Shah dalam satu kenyataan semalam, pengerusi Barisan Nasional Sabah itu sekeluarga tiada di rumah sewaktu serbuan dilancarkan dan tiada apa-apa barang termasuk fail atau dokumen yang dirampas.

Tambahnya, tiada sebarang pemeriksaan atau penyitaan dibuat selepas operasi berkenaan. 

Namun, tidak dipastikan sama ada serbuan itu mempunyai kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan baru-baru ini berhubung dakwaan kerjasama parti itu dengan Barisan Nasional.

Difahamkan, Datuk Dr Jeffrey telah menerima RM20 juta supaya Barisan Nasional dapat membentuk Kerajaan Negeri pada 10 Mei lalu.

 

Sumber:

1. Facebook Buletin TV3

2. Facebook Bernama Radio

3. Facebook BNBBC [1, 2]

4. Facebook Sinar Harian

5. Facebook Astro Awani [1, 2]

6. Facebook Harian Metro

7. The Star Online

Penafian: Semua maklumat berita di atas adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Pihak kami hanya berkongsi sebahagian kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 


tags : , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)