Oleh pada 30 Aug 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Fareez Fauzi

    

Penyanyi Fareez Fauzi, 22, mengakui berada di tempat kejadian sewaktu penahanan seorang penyanyi ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU) di sebuah stesen minyak di Ampang pada Rabu.

Bagaimanapun beliau menafikan merupakan individu yang dikatakan mencekik kakitangan stesen minyak terbabit.

“Saya berada di tempat kejadian dan dipanggil memberi keterangan dua hari lalu. Tapi, bukan saya individu terbabit. Jangan fitnah,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Fareez, dia menyedari perubahan pelik sikap rakannya itu dan dalam masa sama tidak menjangkakan perbuatan di luar kawalannya. 

“Sudah hampir sebulan tak jumpa dia. Waktu itu jumpa dia sangat pelik. Dia asyik marah saja. Saya jumpa sebab dia minta tolong menghantarnya ke pejabat di Setapak.

“Dalam perjalanan, saya singgah nak isi minyak. Dia pula masuk dalam kedai sebab katanya nak beli pen dan air,” katanya.

Sementara itu, Fareez mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila penyanyi terbabit tidak muncul selepas setengah jam menunggu di dalam kereta.

     

zynakal cekik pekerja stesen minyak

Kredit foto: Instagram Fareez Fauzi

    

“Jadi, saya alihkan kereta ke depan kaunter pembayaran. Saya tengok dia sedang bercakap dengan pekerja di kaunter.

“Tak lama selepas itu, dia keluar dan beritahu baru saja pijak kepala pekerja di situ. Saya terkejut dan ingat dia bergurau.

“Dia masuk semula dan kereta polis datang. Saya cuba tenangkannya, tapi tak boleh juga. Itu yang polis terus bawa ke balai,” katanya.

Fareez menyifatkan rakannya itu sedang berdepan tekanan dan masalah kemurungan.

“Dia ada cerita kemurungan sebab selalu kena kecam dengan warganet. Katanya, orang tak boleh faham dia. Hinggakan dia boleh tulis lirik di tangan.

“Dalam masa sama, dia cakap ibunya sedang sakit dan bertungkus lumus nak cari duit,” katanya.

Fareez berkata, penyanyi itu masih direman dan akan dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Terdahulu, seorang penyanyi dan komposer berusia 21 tahun dilaporkan mencekik seorang pekerja stesen minyak, sebelum ditahan polis sekitar jam 4 petang pada Rabu.

    

Sumber berita: Hanya Beri Keterangan, Bukan Kena Tahan - Fareez Fauzi

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)