Kredit foto: Instagram Siti Sarah

Keadaan penyanyi era 80-an, Raisuddin Hamzah kini dilaporkan stabil dan telah dibenarkan pulang selepas dimasukkan ke hospital baru-baru ini.

Menurut Siti Sarah, anak kepada penyanyi tersebut, bapanya sebelum ini mengadu penat dan disyaki mempunyai masalah jantung - kemudiannya dihantar ke Hospital UiTM di Sungai Buloh, Selangor.

Bagaimanapun dia hanya ditempatkan semalaman di hospital berkenaan sebelum dibenarkan keluar.

Alhamdulillah selepas melakukan pemeriksaan yang rapi, keadaan ayah semuanya okey. Syukur pada Allah kerana tidak ada perkara yang membimbangkan.

Sumber asal: Astro Gempak 

Raisuddin kini ditempatkan di rumah, namun dinasihatkan supaya kerap menjalani pemeriksaan kesihatan serta mengamalkan gaya hidup sihat. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)