Kredit foto: The Star

Tahniah diucapkan buat pasangan Asyraf Khalid (anak Datuk Khalid Muhd Jiwa atau mesra disapa Datuk K) dan isterinya, Tya Arifin kerana menerima cahaya mata sulung petang semalam. Berita gembira itu disampaikan sendiri oleh Asyraf melalui laman Instagramnya. 

Selamat datang ke dunia Arif. Kamu pasti akan melalui hidup yang menakjubkan. Terima kasih Tuhan atas keajaiban ini. Nama Arif diambil daripada nama bapa isteri saya, Arifin. Nama Jiwa pula diambil daripada nama arwah datuk saya. Apabila menyebut nama arwah datuk, arwah sangat pemurah dan dia suka menggembirakan orang lain.

Sumber: Instagram Asyraf Khalid

Sementara itu, Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Khalid antara yang mampu tersenyum menyambut kelahiran cucu pertama mereka. 

Siti menyampaikan berita tersebut di laman Instagram beliau. 

siti nurhaliza timang cucu 2

Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza

Anak Asyraf yang diberi nama Ariff Jiwa dilahirkan secara normal di Hospital Ampang Puteri, Ampang. 

Terdahulu pada November 2015, Asyraf mendirikan rumah tangga bersama Tya Arifin yang juga merupakan seorang pelakon dari Indonesia. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)