Kredit foto: Instagram @teezac

Bekas isteri Datuk Khalid Muhd Jiwa (Datuk K) iaitu Datin Seri Tengku Zawyah Tengku Izham tampil melawat Datuk Seri Siti Nurhaliza dan anaknya Siti Aafiyah di kediaman penyanyi itu.

Perkhabaran itu didedahkan beliau menerusi akaun Instagram peribadinya.

Menerusi kapsyen, Datin Zawyah merakamkan penghargaan atas layanan baik yang diterima daripada pasangan berkenaan.

"Melawat puteri Siti Aafiyah. Terima kasih atas layanan mesra DSCT dan DS Khalid," tulisnya.

Datin Zawyah turut mendoakan agar kelahiran bayi itu dapat menyempurnakan kehidupan Siti bersama suaminya.

"Semoga kehadiran puteri ini memberikan sepenuh kegembiraan," katanya lagi. 

bekas isteri datuk k lawat anak siti nurhaliza siti aafiyah 2

Kredit foto: Instagram @teezac

Tidak terkecuali, Siti kelihatan berbesar hati menerima kunjungan tersebut apabila bertindak 'repost' kiriman Datin Zawyah.

Dalam ruangan kapsyen, Siti turut sama berdoa agar kehidupan mereka sekeluarga dirahmati ALLAH SWT.

bekas isteri datuk k lawat anak siti nurhaliza siti aafiyah 3

Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza

"Alhamdullillah. Saya berbesar hati DS Kak Tengku. Semoga ALLAH SWT sentiasa merahmati dan memberkati kita sekeluarga. Amin ya rabb," balas Siti. 

Para peminat memuji semangat Datin Zawyah dalam mengeratkan hubungan silaturahim kekeluargaan mereka. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)