arifjiwa6

Kredit foto: Daaduu & astroulagam.com.my

Seperti diketahui, pasangan Asyraf Khalid dan Tya Arifin telah selamat dikurniakan seorang bayi lelaki bernama Ariff Jiwa yang dilahirkan secara normal di Hospital Ampang Puteri, Ampang.

Alhamdullillah, bertambah ahli keluarga kami.. Selamat hari kelahiran Arif Jiwa bin Muhammad Asyraf @asyrafkhalid. Tahniah ibunya @tyaarifinnw..


“Pengalaman berada di dalam bilik bersalin bersama-sama Tya satu pengalaman berharga.. Perjuangan bertarung nyawa..


“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. walaupun pasukan sorak ibu-ibu iaitu @teezac @komariaharifin @fitriarifinfw dan saya cuba sebaiknya memberi semangat tetapi heroin yang sebenarnya tetap si ibu yang hebat dengan kebijaksanaan Doktor serta Nurse yang bertugas..


“Alhamdullillah.. Kedua-duanya selamat dan pengalaman ini akan sentiasa saya ingat.. Besarnya pengorbanan seorang ibu dan Maha Besar NYA KekuasaanMU Ya Allah..

Sumber: Instagram @ctdk

Selamat datang ke dunia Arif. Kamu pasti akan melalui hidup yang menakjubkan. Terima kasih Tuhan atas keajaiban ini.


Nama Arif diambil daripada nama bapa isteri saya, Arifin. Nama Jiwa pula diambil daripada nama arwah datuk saya.


Apabila menyebut nama arwah datuk. Arwah sangat pemurah dan dia suka menggembirakan orang lain,” tulisnya di Instagram.


“Hari ini adalah satu permulaan kehidupan yang baru bagi kami sebagai keluarga. Doakan yang terbaik untuk kami. Terima kasih Allah kerana memberi saya keajaiban ini,” tulis Asyraf pula.

Sumber: Instagram @asyrafkhalid

arifjiwa1

arifjiwa2

arifjiwa3

arifjiwa4

arifjiwa5

Untuk pengetahuan, Tya merupakan seorang pelakon seberang dan telah berkahwin dengan Asyraf sekitar hujung tahun 2015. 

Kredit foto: myartis, Instagram @ctdkInstagram @asyrafkhalid, Instagram @tyaarifinnw, Instagram @teezac & Instagram @carlsamsudin


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)