Kredit foto: Instagram @theyusufiskandar & Instagram @ctdk
Kelahiran Siti Aafiyah iaitu anak sulung penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa baru-baru ini mendapat liputan meluas.
Berita gembira penantian 11 tahun pasangan itu dikongsi seluruh rakyat Malaysia. Malah, akaun Instagram rasmi Siti Aafiyah kini sudah mengumpul 197,000 pengikut.
Lebih setahun lalu, menerusi sebuah foto di akaun Instagram Yusuf Iskandar, iaitu anak kepada pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, Datuk Siti Nurhaliza yang ketika itu masih belum hamil meninggalkan komen berbunyi "Alolo kacaknya bakal menantu ni!".
Baru-baru ini, ia dibalas oleh Yusuf Iskandar dengan emoji cinta pada sebuah foto Siti Aafiyah di akaun Datuk Siti Nurhaliza.
Kredit foto: Instagram @ctdk & Instagram @theyusufiskandar
Biarpun suatu gurauan semata-mata, ada pula yang mengambil serius dengan perkara ini.
Sebuah artikel bertajuk 'Yusuf Iskandar sedang 'usha' Siti Aafiyah?' oleh Astro Awani menerima kritikan hebat serta dikaitkan dengan isu perkahwinan kanak-kanak dan pedofilia.
Sumber berita: Forum CARI