siti nurhaliza bagi teaser nama anak

Dijadualkan bersalin pada Mac 2018, penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui sudah mempunyai nama anak pertamanya itu.

Pun begitu, demi menghormati permintaan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, Siti terpaksa merahsiakan nama dan jantina bayi mereka.

"Saya tidak tahu bila masa yang sesuai untuk mendedahkan, mungkin bila suami sudah beri 'green light' baru boleh saya kongsikan dengan peminat.

"Buat masa sekarang apa yang boleh saya maklumkan, jika bayi lelaki akan bermula huruf A, sekiranya perempuan akan bermula dengan Siti," katanya kepada Astro Gempak.

Penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Jerat Percintaan itu juga bakal masuk studio dalam tempoh terdekat untuk rakaman single baharu yang didedikasikan buat anaknya.

Sementara itu, Siti merancang untuk membuka akaun Instagram khas buat cahaya mata sulung itu.

siti nurhaliza bagi teaser nama anak 2

"Tunggu masa yang sesuai, bila sudah sampai masa barulah buka. Tak tahu lagi bila," kata pelantun lagu Segala Perasaan ini.

Dalam pada itu, peminat berpeluang untuk melihat rakaman aksi Siti bersama keluarga besarnya bercuti di Portugal, Sepanyol dan Dubai dalam sebuah rancangan jurnal percutian bertajuk CTDK-ation.

Bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam di saluran Astro Ria bermula 29 Disember (semalam).

Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza
Sumber berita: Astro Gempak 

tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)