single terbaru haqiem rusli cecah sejuta tontonan di youtube dalam masa 5 hari 1

Kredit foto: Instagram Haqiem Rusli 

Siapa yang tidak kenal dengan Haqiem Rusli, penyanyi remaja yang semakin mendapat tempat di hati peminat muzik tanahair. 

Sebelum ini Haqiem pernah menempa populariti menerusi single sulungnya, Segalanya yang dicipta oleh Gouffran dan Ibnu. 

single terbaru haqiem rusli cecah sejuta tontonan di youtube dalam masa 5 hari 2 58

Kredit foto: Instagram Haqiem Rusli 

Video lirik Segalanya mencipta fenomenanya yang tersendiri apabila mencecah hampir lima juta tontonan menerusi laman Youtube, manakala muzik video rasmi lagu tersebut pula meraih enam juta tontonan.

Mengukuhkan lagi namanya, Haqiem kini muncul dengan single kedua berjudul Tergantung Sepi - ciptaan komposer dan penulis lirik yang sama. 

Ternyata lagu ini sekali lagi membawa tuah kepadanya kerana baru sahaja dilancarkan pada 14 April lalu di YouTube, video tersebut telahpun meraih sejuta kali tontonan dalam masa 5 hari. Selain itu, video tersebut turut tersenarai di kedudukan ke-10 video paling trending di Malaysia. 

Menerusi kiriman terbaru di akaun Instagramnya, Haqiem meluahkan rasa gembira dan bangga dengan kejayaan tersebut. 

TERGANTUNG SEPI! 5 days cecah 1 MILLION. Trending 10 Malaysia! Pakai headphone, jom kita dengar luahan sakit lagu ini.

Kepada yang masih belum mendengar vokal berhantu Haqiem menerusi 'Tergantung Sepi', jom layan video lagunya di bawah. 


tags : , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)