Oleh pada 13 Jun 2018 kategori

Kredit foto: Facebook Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA)

Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) memberi diskaun tol sebanyak 50% pada 13 dan 14 Jun ini sempena sambutan Aidilfitri yang akan tiba.

Menerusi sebuah kenyataan oleh PLUS baru-baru ini, pemberian diskaun itu berkuat kuasa dari 13 Jun pada pukul 12.01 pagi (Rabu) hingga 14 Jun pada pukul 11.59 malam (Khamis) bagi semua kelas kenderaan.

Pengguna akan menerima diskaun itu secara langsung sewaktu membayar atau melakukan transaksi bayaran tol.

Diskaun tersebut merangkumi pembayaran tol di semua plaza tol di Lebuhraya PLUS dan LPT2 kecuali di Plaza Tol Tanjung Kupang dan Bangunan Sultan Iskandar di Tambak Johor.

Sementara itu, Jambatan Pulau Pinang mengenakan kadar tol sebanyak RM0.70 bagi kelas kenderaan satu, kelas kedua (RM3.50), kelas ketiga (RM6), kelas keempat (RM12.50), kelas kelima (RM22.50), kelas keenam (RM30) dan kelas ketujuh (RM37.50).

Sumber:

1. Facebook Bernama Radio

2. Facebook Buletin TV3

Penafian: Semua maklumat berita di atas adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Pihak kami hanya berkongsi sebahagian kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)