Aktor Fadzil Zahari akui tidak mampu menghentikan cakap-cakap netizen berkenaan isu melanda abangnya, Datuk Farid Kamil.

Apa yang menjadi fokus beliau di ketika ini adalah memberi sokongan penuh kepada Farid yang sedang menjalani rawatan kesihatan di pusat perubatan di ibu kota.

"Setiap orang ada pandangan dan persepsi berbeza. Saya tidak boleh nak halang mereka kerana ia hak masing-masing. Malah, ia menjadi pilihan mereka juga untuk memberi komen positif atau negatif," katanya memetik laporan portal Harian Metro.

Fadzil berkata, keluarga mereka lebih memahami masalah sebenar yang dihadapi Farid berbanding pihak luar yang hanya mampu menafsir situasi abangnya itu.

kenyataan terkini fadzil zahari tentang farid kamil 1

"Dalam perkara ini, saya tidak mahu ambil pusing mengenai apa yang diperkatakan. Cakaplah apa pun. Apa yang penting, keluarga tahu perkara sebenar," katanya.

Dalam pada itu, Fadzil mendedahkan isteri Farid iaitu aktres Datin Diana Danielle ada menjelaskan apa terjadi kepada suaminya, namun hal itu terlalu peribadi untuk diceritakan kepada umum.

Sebelum ini, portal yang sama melaporkan Farid sedang dirawat beberapa hari untuk memastikan kesihatannya benar-benar pulih.

Fadzil terdahulu berkata, aktor itu terus dihantar ke hospital dan masih belum pulang ke rumah sejurus dibebaskan Selasa lalu.

Kredit foto: Instagram Fadzil Zahari

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)