Oleh pada 26 Feb 2022 kategori

Kredit: Instagram @_chefwan58 & @shikin_maembong 

 

Baru-baru ini, kakak pelakon Emma Maembong, Shikin Maembong memfailkan saman malu berjumlah RM1 juta terhadap bekas bapa mentuanya, Datuk Chef Wan, ekoran sebuah teguran dibuat oleh chef selebriti itu beberapa bulan lalu berhubung isu anak beliau dan bekas suaminya, Chef Riz.

 

Rentetan itu, Datuk Chef Wan pula mendedahkan beliau telah menaja sepenuhnya upacara perkahwinan mereka sebelum disangkal Shikin yang mengatakan mereka menggunakan duit poket sendiri tanpa bantuan sesiapa.

  

 

Tampil menjelaskan situasi sebenar, Datuk Chef Wan memberitahu, beliau terlibat dalam upacara tersebut bersama beberapa individu lain dan bersedia untuk membuktikan tajaan kewangan yang dibuat.

 

"Pembohong! Semasa majlis perkahwinan mereka yang berlangsung di Ombak Asmara, saya bertanya Chef Riz, 'Makan malam dan segala hal pelamin, siapa yang bayar dan uruskan?'.

 

"Saya mempunyai saksi seperti Aunty Florence dan beberapa lagi yang ikut bersama untuk membantu saya mengatur majlis tersebut dan membayarnya sendiri. Saya pasti masih boleh cari keratan cek tersebut," terangnya.

  

 

Mengakui faktor kewangan dihadapi Chef Riz sebagai punca, beliau yang bertindak menghulurkan pertolongan kepada anak lelaki tunggalnya itu berasa kecewa apabila Shikin bersikap seperti kacang lupakan kulit.

 

"Maaf, anak saya tidak mempunyai wang yang secukupnya ketika itu untuk mengahwininya. Jadi, saya membuat keputusan untuk membantu dan mengurus semua perkara, termasuklah perkahwinan pertama Chef Riz yang juga ditaja sepenuhnya oleh saya.

 

"Saya memilih untuk membantu mereka berkahwin secepat mungkin selepas terdengar pelbagai cerita di belakang saya. Cepat sungguh Shikin lupa segala jasa saya itu menggunakan hasil penat lelah diri ini bekerja," kesalnya.

 

Komen Pilihan

chef wan taja perkahwinan shikin dan chef riz

 

"Jauh di lubuk hati, saya menyokong anda. Jangan biarkan isu ini menghalang anda dari terus menjadi pemurah dan baik hati," tulis seorang netizen.

 

Sumber: Instagram Datuk Chef Wan




Hakcipta iluminasi.com (2017)