Oleh pada 29 Aug 2018 kategori

gambar berpakaian wanita tersebar ini respon chef wan 1

Kredit foto: Instagram Chef Wan & BH Online

Chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail berasa terkilan atas percubaan sebuah akaun Instagram (IG) mengaibkannya dengan menyebarkan gambar 'fancy dress party' yang dihadirinya 13 tahun lalu.

Melalui Instagram, Chef Wan berkata, dia menerima banyak aduan peminat yang berkongsi hal itu menerusi 'direct message' (DM).

“Dah tema parti tu ‘Fabulous Drag’, lebih 300 tetamu yang datang disyorkan untuk 'dress up'. Yang lelaki berpakaian sebagai perempuan dan yang perempuan pula sebagai lelaki. Jadi ramai suami isteri atau pasangan yang hadir mengambil cabaran tersebut.

“Saya datang dengan anak saya di sebelah tetapi telah dipotong gambarnya. Saya menang top 3 lagi,” tulis Chef Wan.

gambar berpakaian wanita tersebar ini respon chef wan 2

Kredit foto: Astro Gempak

Bapa aktres Serina Redzuawan itu akui kecewa kerana cerita lamanya bagai sengaja diungkit untuk mengaibkan dan menyebarkan fitnah.

Isi kandungan kenyataan itu antara lain menekankan ketegasannya untuk membawa isu berkenaan ke muka pengadilan.

“Saya boleh buat laporan polis dan saman dia nanti. Dia lupa ketua polis negara tu semua boleh cari sampai di lubang cacing manapun si 'Puaka' ini jika nak cari pasal dengan saya.

“Kau nak sebar fitnah dan macam-macam apa yang kau dapat? Jangan esok meringkuk dalam penjara baru menyesal kerana jadi batu api menghasut orang lain! Saya berhak mengambil tindakan itu kerana awak cuba memalukan saya pada awam!” ujarnya.

Status itu dihujani kata-kata semangat daripada netizen yang menyokong ketegasan dipamerkannya.


tags : , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)