Oleh pada 11 Jan 2022 kategori

Kredit: Instagram@_chefwan58 

 

Anak kepada selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, Chef Riz telah melangsungkan perkahwinan baru-baru ini bersama pasangannya yang dikenali sebagai Nurul.

 

Kini sedang bercuti di Amerika Syarikat, Chef Wan sempat mengucapkan tahniah kepada Chef Riz yang pernah melalui kegagalan rumah tangga sebanyak dua kali dan menjelaskan punca tidak hadir ke majlis perkahwinan anak lelaki tunggalnya itu.

 

"Alhamdulillah, ia merupakan perkahwinan kali ketiga Chef Riz dan kali kedua untuk isterinya. Kedua-dua mereka telah mendapat restu dari saya beberapa minggu sebelum saya terbang ke Honolulu.

 

"Memandangkan saya telah merancang perjalanan ke sini lebih dua tahun sebelum munculnya pandemik COVID-19, saya membuat keputusan untuk tidak berada di majlis perkahwinan beliau dan meneruskan seperti apa yang dirancang," tulisnya di Instagram.

  

 

Menurutnya lagi, pasangan itu telah terlebih dahulu mengikat tali pertunangan dan ketiadaannya di majlis perkahwinan mereka tidak perlu dilihat sebagai suatu isu besar.

 

"Mereka telah telah bertunang selama lebih setahun. Sudah tiba masanya untuk mereka mendirikan rumahtangga.

 

"Tambahan pula, Chef Riz sudah mempunyai pengalaman berkahwin sebanyak dua kali. Cukuplah asyik kahwinkan anak-anak saya.

 

"Saya mahu bergerak ke hadapan dengan kehidupan yang bahagia. Mereka sudah dewasa, pandai-pandailah untuk cari kebahagiaan masing-masing," ujar bapa kepada dua orang anak itu.

  

 

Tambahnya, beliau juga mengeluarkan duit poketnya sendiri untuk majlis tersebut dan menasihati Chef Riz agar ianya diadakan secara sederhana.

 

"Saya berikan sejumlah wang yang banyak untuk majlis perkahwinan anak-anak saya. Ingat, tidak semua ibubapa akan melakukan sedemikian apatahlagi menaja sepenuhnya perkahwinan anak sendiri. Berkahwin untuk kali ketiga pun saya masih bermurah hati.

 

"Saya beritahu Chef Riz supaya tidak membazir di musim pandemik ini dengan menjemput ramai orang semasa bersanding. Hanya perlu bernikah sambil dihadiri oleh adik-beradik saya sebagai wakil sudah mencukupi.

 

"Bosan saya dengar orang kahwin tidak sudah-sudah ini atau kahwin cerai," ulasnya.

 

Komen Pilihan

chef riz anak chef wan

 

"Datuk juga yang setia pada yang satu. Tidak kahwin-kahwin sudah selepas itu. 'Sweet'lah Datuk. Dalam hati ada taman," seloroh seorang netizen.

 

Sumber: Instagram Datuk Chef Wan 




Hakcipta iluminasi.com (2017)