Oleh pada 28 Mar 2017 kategori

Sekiranya anda pernah tinggal di mana-mana ceruk dunia sekalipun pada bila-bila masa sepanjang tempoh 70 tahun yang lalu, anda pastinya biasa nampak wajah ini.

pernah tengok gambar ini

Inilah wajah lelaki legenda Argentina, Che Guevara atau nama sebenarnya, Ernesto Guevara. Beliau dilahirkan pada tahun 1928 dan merupakan seorang ikon anti-kapitalisme yang berhaluan kiri yang terkenal di seluruh dunia.

Anda mesti selalu nampak gambarnya terpampang di baju, beg, pelekat kereta dan grafiti jalanan sehingga membuatkan kita tertanya-tanya sama ada lelaki ini ikon rakyat yang disayangi atau pemberontak yang disanjungi? Siapa sebenarnya Che Guevara ini?

Zaman muda Che Guevara

Semasa usianya 20 tahun, Che belajar dalam jurusan perubatan di University of Buenos Aires. Ketika itu, beliau dan seorang rakan bernama Alberto Granada telah membuat satu perjalanan menaiki motosikal ke Amerika Selatan. Perjalanan itu telah mengubah hidup dan pendirian Che menjadi radikal serta-merta kerana beliau telah menyaksikan sendiri bagaimana kesan kapitalisme di wilayah itu telah menyebabkan rakyat terhimpit dengan kemiskinan yang hina.

che guevara membaiki motosikal sebelum menjelajah amerika selatan pada tahun 1952

Che telah mengambil bahagian dalam reformasi sosial di Guatemala semasa muda namun beliau hilang sabar apabila pemerintahan di negara itu digulingkan oleh rampasan kuasa yang disokong oleh pihak CIA untuk menyebarkan pengaruh kapitalisme bagi United Fruit Company. Che Guevara memulakan perjuangannya sebagai tokoh anti-kapitalis di Guatemala dan juga di Mexico di mana beliau bertemu dengan adik-beradik Castro buat pertama kalinya.

che guevara dan fidel castro

Che dan adik-beradik Castro mempunyai ideologi dan cita-cita yang sama. Mereka bersama-sama menjelajah Cuba di mana Che telah berjaya mendaki tampuk kepimpinan. Beliau telah melalui satu proses peralihan yang menyeluruh daripada seorang doktor akademik yang konservatif hingga menjadi ketua revolusi radikal dalam masa beberapa tahun sahaja.

Che Guevara menumpukan sepenuh perhatian kepada masyarakat dan berhasrat untuk menggulingkan mana-mana pihak yang cuba mengawal atau menindas rakyat kelas bawahan. Semasa Revolusi Cuba, Che Guevara telah membuktikan bahawa beliau juga mempunyai strategi ketenteraan yang bijak dengan taktik guerrilla yang digunakan untuk menumpaskan Fulgencio Batista, iaitu pemimpin yang disokong sepenuhnya oleh pihak berkepentingan dari Amerika.

che guevara 1

Nama Che semakin menjadi sebutan ramai. Tidak lama selepas itu, beliau terus dijadikan penolong pemerintah batalion. Selepas tamatnya zaman Revolusi di Cuba, Che dikatakan mula menunjukkan sikap ganasnya sebagai pemimpin kerajaan yang baru. Di sinilah bermulanya 'kisah hitam' Che Guevara.

Sasaran Amerika

Che telah menjadi pemimpin yang bertanggungjawab memperkenalkan skuad penembak untuk menjalankan hukuman mati ke atas pemimpin-pemimpin Cuba terdahulu yang dianggap penjenayah perang.

che guevara dengan gaya tembakan

Semasa rejim pemerintahannya bersama Castro di Cuba, mereka telah bersama-sama menggagalkan ancaman serangan di Teluk Bay of Pigs sehingga menyebabkan kerajaan Amerika diselar dan berasa amat terhina dengan kegagalan serangan itu. Sejak itu, kerajaan Amerika tekad untuk memberkas Che dan Castro.

Selain itu, Che juga telah memainkan peranan penting dalam menimbulkan Krisis Misil Cuba di mana beliau menggalakkan kerjasama dengan Rusia sehingga menyebabkan ketegangan paling dahsyat semasa Perang Dingin.

Legasi berakhir

Dua tahun sebelum kematiannya, Che telah membuat keputusan untuk memperluaskan ideologi revolusinya ke seluruh pelosok dunia di mana sahaja berlaku penindasan atau penderitaan rakyat. Beliau telahpun menjadi sumber inspirasi kepada puluhan ribu pemberontak di Amerika Selatan, Mexico, Cuba. Seterusnya briged tentera Che dan Castro menuju ke Congo dan akhirnya ke Bolivia di mana beliau berjaya ditangkap oleh pihak CIA dan dijatuhkan hukuman mati pada tahun 1967.

mayat che guevara selepas dijatuhkan hukuman mati

Che Guevara mati sambil mempertahankan perjuangan rakyat yang menderita. Walaupun cara beliau merampas dan mempertahankan kuasa adalah agak kejam, beliau masih menjadi hero bagi jutaan rakyat di seluruh dunia. Wajahnya sering digunakan oleh media popular dan pengiklanan. Walaupun lebih 50 tahun sudah berlalu, imej ikonik Che Guevara masih mampu membakar semangat revolusi dalam jiwa ramai orang.

che guevara 1960

Kenapa ramai orang tertarik dengan kisah hidup Che Guevara?

Ada yang memanggil Che Guevara pembunuh dan pemberontak yang kejam. Ada juga yang memandangnya dengan tinggi sebagai pembebas berani yang telah menumpaskan ketidakadilan berpunca daripada kapitalisme. Sekiranya anda hidup mewah senang-lenang dalam dunia kapitalis, anda mungkin tidak akan suka dengan Che Guevara. Namun, bagi rakyat yang menderita dan tertindas, mereka bersyukur dengan kewujudan pemimpin seperti Che.

che guevara dan keluarga bapa penyayang

Walaupun Che Guevara merupakan seorang yang digambarkan sebagai ganas, beliau merupakan seorang penulis yang telah mengeluarkan banyak hasil penulisan. Ada hasil penulisannya yang terlalu radikal dan menakutkan, namun ada juga tulisan yang mempunyai kualiti tak lapuk dek zaman dan sesuai untuk dipetik menjadi sumber inspirasi.

Saya tidak peduli jika saya jatuh selagi ada orang lain yang akan mengutip senjata saya untuk meneruskan perjuangan. - Che Guevara

penyokong che guevara di turki

Debat mengenai kisah hidup dan perjuangan Che Guevara tidak akan pernah habis. Ada yang positif, ada yang negatif. Baca dan nilailah sendiri. Tapi sekurang-kurangnya sekarang anda dah tahulah serba sedikit fakta di sebalik wajah misteri popular itu.

hero ataupun pembunuh kejam

Sumber rujukan:

1. Che Guevara

2. CIA

3. History.com

4. Ensiklopedia Britannica


tags : , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)