Oleh pada 01 Apr 2017 kategori

Kredit foto: hootoh.tumblr.com 

Sukar untuk menafsir apa sebenarnya yang cuba disampaikan penyanyi Shila Amzah menerusi perkongsian terbarunya di laman Instagram. 

shila amzah sudah bertunang 2

Dalam foto tersebut, Shila memperlihatkan cincin di jari manisnya. 

Apa yang menarik, gambar tersebut dikongsikan Shila pada hari bekas kekasihnya, Sharnaaz Ahmad melangsungkan pernikahan. 

Gambar yang disertakan dengan kapsyen 'Alhamdulillah' tersebut menimbulkan tanda tanya kepada para pengikut beliau. 

Bagaimanapun, siasatan daripada pihak tertentu mendapati cincin tersebut sebenarnya telahpun berada di jari Shila sejak Februari lalu. Dakwaan itu dikuatkan lagi menerusi sebuah foto yang dimuat naiknya dahulu. 

shila amzah sudah bertunang 3

Shila dalam satu lagi post Instagramnya turut memaparkan sebuah gambar yang memberi kata-kata motivasi bagaimana seseorang itu perlu pandang ke hadapan dan melupakan kisah silam yang lalu. Post tersebut dimuat naik Shila sehari sebelum majlis pernikahan Sharnaaz berlangsung. 

shila amzah sudah bertunang 4

Jika cincin di jari Shila membawa makna beliau telahpun bertunang, pasti ramai yang tak sabar untuk mengetahui siapakah jejaka bertuah yang sedang menduduki hatinya kini. Doa kami, semoga Shila sentiasa bahagia dalam apa juga pilihannya.

Kredit foto: Instagram Shila Amzah & Rotikaya 




Hakcipta iluminasi.com (2017)