Oleh pada 20 Jan 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Noor Nabila

Isteri aktor Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila dikhabarkan kini hamil.

Pendakwah terkemuka, Datuk Shamsuri Shafie memaklumkan berita gembira itu di laman Instagramnya bersama ucapan tahniah.

"Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakhbar. Syukran Shahnaaz dan isteri. Tahniah buat keluarga bahagia dan bakal menjadi seorang ibu... hebatnya kalam ALLAH," tulisnya.

Nabila atau nama penuhnya, Noor Nabila Mohd Noor mendirikan rumah tangga bersama Sharnaaz pada 31 Mac tahun lalu.

Tidak hanya itu, empunya badan turut memberikan respon balas di ruangan komen entri berkenaan.

"Terima kasih ustaz, syukur Alhamdulillah," tulis Nabila.

Namun menerusi tinjauan terkini mendapati kiriman itu telahpun dihapuskan daripada laman sosial pendakwah terbabit.

Malah belum ada pengesahan rasmi dibuat oleh Nabila mahupun Sharnaaz.

Iluminasi mengucapkan tahniah seandainya perkhabaran ini benar.

Sumber berita: Sinar Harian 




Hakcipta iluminasi.com (2017)