shila amzah haris diijabkabul 1

Kredit foto: Instagram @anhevents

Penyanyi Shila Amzah akhirnya sah bergelar isteri dengan hanya sekali lafaz.

Majlis di kediaman Shila di Cheras sekitar jam 6 petang tadi itu membawa tema ‘pure forest garden featuring bohemian wood’, menyaksikan Shila atau Nurshahila Amzah diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya, Haris Idraki Elias berwalikan bapa beliau, Amir Amzah Salleh (ND Lala).

Disaksikan Ustaz Helmi Saadon dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Pihak lelaki menyerahkan RM888 sebagai mas kahwin, bagaimanapun wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Shila memukau tetamu dengan mengenakan busana yang difahamkan adalah hasil ilhamnya sendiri.

Majlis itu dikunjungi 400 orang tetamu yang terdiri daripada anggota keluarga kedua-dua belah pihak dan sahabat handai.

Sementara itu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pengurusan ANH Events, majlis resepsi pasangan ini akan berlangsung pada 22 April depan bertempat di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya.

Untuk rekod, Shila dan Haris terlebih dahulu melangsungkan pertunangan pada 3 November 2017.

shila amzah haris diijabkabul 2

shila amzah haris diijabkabul 3

shila amzah haris diijabkabul 4

shila amzah haris diijabkabul 5

shila amzah haris diijabkabul 6

Kredit foto: Instagram @anhevents

tags : , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)